Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Selepas Filem, Kampong Pisang Kini Muncul Dalam Drama Bersiri

by Khai Azfar
November 26, 2020
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat julung kalinya di Malaysia, Astro membawakan francais filem blockbuster nombor satu tanah air ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama ‘Astro Originals, bertajuk “Kampong Pisang Bersiri-Siri”, arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid.

Gabungan Watak-Watak Filem Popular

Masih berlatarbelakangkan Kampung Pisang, drama siri berdurasi satu jam ini menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu. Antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa. Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Bagi watak penduduk tetap Kampung Pisang, ia akan dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London, Avaa Vanja, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Menariknya lagi, penonton boleh turut menyaksikan penampilan khas barisan selebriti popular tanah air secara bergilir-gilir pada setiap minggu sepanjang 12 episod siri ini bersiaran.

Di antara mereka yang terlibat adalah Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya dan Shuk Sahar.

“Sejujurnya, francais Kampung Pisang ini amat isitmewa di hati saya. Saya percaya ada sebahagian penonton yang turut membesar dengan filem-filem ini. Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirkan satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini”

“Selain dari itu, penonton juga akan disajikan dengan jalan cerita, elemen komedi, hantu dan kameo yang berbeza di setiap episod. Manakala, barisan pelakon bukan sahaja dalam kalangan pelakon tetapi turut membintangi adalah barisan pengarah hebat tanah air seperti Mat London, Nasir Jani, Ellie Suriaty, Pekin serta kartunis Imuda dan pelukis komik Ujang, Soya

“Saya rasa berbangga dapat bekerjasama dengan mereka dan para pelakon lain. Ternyata kehadiran mereka tidak sahaja memberi input pada karya ini, malah dedikasi dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang penggambaran harus diberi pujian.” kata Mamat Khalid

Bermula 7 Disember

Kali ini, ‘Kampong Bersiri-Siri’ bakal membawakan kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang mengganggu penduduk kampung seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong termasuklah hantu Kak Limah.

Episod pertama ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam, 7 Disember ini. Manakala, untuk minggu-mingu seterusnya disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra.

Seperti mana yang ramai sedia maklum, lima buah filem di bawah francais Kampung Pisang ini yang mana masing-masing telah merekodkan kejayaan membanggakan adalah ‘Hantu Kak Limah’ (RM38.6 juta, tahun 2018), ‘Zombie Kilang Biskut’ (RM1.5 juta, 2014), ‘Husin, Mon & Jin Pakai Toncit’ (RM6.4 juta, 2013), ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ (RM8 juta, 2010) dan ‘Zombi Kampung Pisang’ (RM2.4 juta, 2007). Kesemuanya telah meraih kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruhan RM56.9 juta.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Kampong Pisang Bersiri-Siri
Share22Tweet14SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama
Bollywood

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

by Phic ARMAN
January 26, 2023
‘Kecewa Sebab Imej Baik’ – Netizen Persoalkan Penglibatan Alif Satar Dalam Filem Pulau
Filem

‘Kecewa Sebab Imej Baik’ – Netizen Persoalkan Penglibatan Alif Satar Dalam Filem Pulau

by Aphit J.
January 22, 2023
Wow! Sambutan Tahun Baharu Cina Lebih Meriah Di RTM
Filem

Wow! Sambutan Tahun Baharu Cina Lebih Meriah Di RTM

by Aphit J.
January 21, 2023
Ramai Tak Percaya Lihat Lakonan Aznah Hamid & Rajinikanth Bercinta- “Umur Dah 40 Tahun Baru Tahu”
Filem

Ramai Tak Percaya Lihat Lakonan Aznah Hamid & Rajinikanth Bercinta- “Umur Dah 40 Tahun Baru Tahu”

by Phic ARMAN
January 17, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    “Muka Klasik Je Masing-Masing”- Netizen Terpegun Lihat Foto Keluarga Que Haidar?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan