Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Setelah 21 Tahun Ditayangkan, Drama Gerak Khas Kini Masuk Ke Musim Akhir

by Khai Azfar
November 27, 2020
Share on Facebook

Drama Gerak Khas yang merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh ACP (K) Datuk Yusof Haslam merupakan siri drama yang paling lama bersiaran dan turut diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Musim Terakhir

Mula ditayangkan pada 5 April 1999, drama yang sudah mempunyai 1026 episod ini begitu diminati ramai kerana memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya sehingga turut mempunyai filemnya tersendiri.

Ditayangkan Di TV3 Bermula 4 Disember 2020 

Bagaimanapun, selepas 21 tahun ditayangkan drama Gerak Khas bakal masuk ke musim terakhirnya apabila sebuah iklan promosi drama ini mula ditayangkan di kaca televisyen. Diberi tajuk sebagai Gerak Khas The Finale, menariknya lagi ianya akan ditayangkan di TV3 buat pertama kalinya bermula 4 Disember 2020 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam. Terdahulu, untuk sekian lamanya drama ini telah bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan bersilih ganti beberapa ketika diantara TV1 dan TV2.

#AkanDatang ! Nantikan #GerakKhasTheFinale akan bersiaran di TV3! Mesti ramai tak sabarkan nak layan ??‍♀️?? #DramaSangat #bangbang #DramaTV3 pic.twitter.com/Znz7e9v9Vj

— tv3malaysia (@tv3malaysia) November 25, 2020

Menerusi iklan yang ditayangkan, kelihatan beberapa pelakon asalnya dikekalkan antaranya seperti Yusof Haslam,Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Salina Saibi, Deen Maidin dan Sheera Iskandar.

Turut kelihatan beberapa wajah baharu termasuklah Ungku Ismail, Izzat Mushtaq, Dazrin dan Roy Azman.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gerak khasGerak Khas The Finale
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  3. 3

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara