Pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencemarkan nama baiknya baru- baru ini dengan menularkan kononnya terdapat video bogelnya di laman Twitter.

Nafi Rakam Video Bogel

Menurut Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan, 23 dia cuba mencari video tersebut namun tidak berjaya menjumpainya. Malah dedahnya lagi, dia sama sekali tidak pernah melakukan tindakan terkutuk tersebut apatah lagi pada saat-sat lagu baharunya bakal dilancarkan.

“Saya terkejut juga dengar cerita ini dan saya cari juga di twitter sebab ramai yang DM saya kata ada video tak senonoh saya di twitter, tapi bila cari tak jumpa pun. Dan setahu saya tak pernah lagi saya ber video call atau menghantar video yang bukan – bukan pada sesiapa” katanya

Lancar Lagu Baru Hari Ini 

Bercakap tentang perkembangan terkini, Afieq bakal melancarkan single dan muzik video terbarunya di seluruh saluran digital termasuk di laman Youtube rasmi FMC MUSIC pada hari ini jam 8 malam.

Bagaimanapun, di sebalik pembikinan muzik video tersebut, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa penyanyi ini berang apabila tidak dapat merealisasikan konsep yang dibayangkannya.

“Sebenarnya konsep dan idea muzik video ni dah okay. Cuma saya ada menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam muzik video kali ini, saya nak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K- pop, saya request ada babak di mana saya menari tidak berbaju bersama penari biar Nampak lebih maskulin dan wow. Tetapi malangnya idea tersebut tidak mendapat persetujuan dari pihak syarikat rakaman, memang saya ada berkeras sikit waktu tu tetapi lepas tu ok dah”

“Saya memang dah mempuat persiapan dan senaman khusus di gym bersama trainer agar badan saya betul betul nampak mantap dan seksi dalam muzik video GERAK LU tetapi hanya sia-sia” katanya lagi

Jelas Afieq, dia berpendapat untuk sesuatu muzik video yang dihasilkan perlulah ada ‘Wow Factor’ untuk menjadikannya lebih menarik untuk ditonton.

“sebagai artis kita kena berani. Kalau nak buat biasa – biasa sahaja takut penonton jemu,tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, peminat dan penonton lebih suka tonton sesuatu yang unik dan trendy. Tetapi saya tak kata muzik video ni tak menarik Cuma kalau nak tahu apa yang saya buat kena lah tonton GERAK LU di youtube. Dan mungkin ada adegan yang kononnya dikatakan viral di twitter tu” kata Afieq berseloroh

Sebelum single LELAKI DI TELEFON yang hampir mencecah 10 juta tontonan di youtube, Afieq pernah muncul dengan dua buah single balada berjudul SEANDAINYA dan DARJAT. Tetapi malangnya kedua buah lagu ini kurang mendapat sambutan.

“Entah kenapa, mungkin rezeki saya lebih kepada lagu – lagu rancak agaknya, walau bagaimana pun saya tidak akan berputus asa dan akan tetap hasilkan lagu genre balada yang meletop juga nanti, mungkin belum ada rezekiuntuk saya nyanyikan lagu – lagu balada yang kuat dan dapat melekap dekat hati pendengar” luahnya

GERAK LU merupakan lagu hasil ciptaan dan lirik – DJ Fuzz, Aziquebeats dan faezal merupakan single berentak R&B dan single keempat Afieq. Untuk rekod, ini merupakan single kedua Afieq digandingkan bersama Malik Abdullah selepas single Lelaki Di Telefon.