Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Pernah Digelar ‘Talang Air’, Ini 5 Fakta Da’i Syed Yang Ramai Tak Tahu

by Zaidin Albert
November 27, 2020
951
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Da’i Syed terus menjadi trending sejak beberapa hari yang lalu. Dan pada hari ini pendakwah bebas berusia 21 tahun ini dilaporkan direman bagi membantu siasatan kes rogol. Memang sukar untuk kita menerima hakikat bahawa seorang selebriti bergelar pendakwah melakukan perbuatan jijik tersebut.

Terdahulu, Da’i Syed telahpun membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu terhadap dirinya itu, namun ia masih dalam siasatan dan dia belum disabitkan bersalah.

Kepada yang tidak mengenali pendakwah muda ini,  Da’i Syed bukan sahaja terkenal di Malaysia tapi pernah popular di Indonesia dengan nama Syed Iqmal. Lihat 5 fakta Da’i Syed yang ramai tak tahu.

Da’i Pendakwah Nusantara pada tahun 2016

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail merupakan bekas peserta  Da’i Pendakwah Nusantara pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, dia tersingkir untuk mara ke final pada episod ke-11.  Da’i Syed dikenali selalu tampil dengan gaya penyampaian yang bertenaga dan bersahaja.

Meraih Populariti Di Indonesia

Bukan di Malaysia sahaja, Da’i Syed telah mencipta nama di Indonesia dengan menyertai Akademi Sahur Asia atau Aksi Asia 2018. Da’i Syed mendapat tempat ke-3, dan menerima hadiah wang tunai sebanyak IDR 50 juta atau sekitar  RM14, 474. Aksi Asia 2018  merupakan rancangan realiti dan bakat yang disiarkan di Indosiar pada bulan Ramadan, setiap Sahur pada bulan Ramadan.

Mendapat Gelaran ‘Talang Air’

Selain cara berdakwah yang menarik, di Indonesia, Da’i Syed juga terkenal dengan rambutnya, yang digelar ‘Talang Air’ kerana menyerupai seperti tanki air di rumah oleh juri profesional iaitu Ustazah Mama Dedeh di Aksi Asia 2018. Tanpa diduga, kerana nama panggilan ini, Da’i Syed mengaku, dia mengatakan bahawa dia  telah menjadi popular. Tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di Indonesia.

“Sekarang di Indonesia dan di Malaysia orang memanggil saya Talang Air. Di Malaysia dulu saya dipanggil Dai Syed, tetapi sekarang Talang Air, “kata Da’i Syed di Indosiar Studio.

Da’i Syed bersaing dengan 24 peserta lain dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Singapura.

Sudah Melahirkan Banyak Single

Dalam bidang nyanyian, Da’i Syed sudah mempunyai beberapa single. Antaranya berjudul Keagungan Cinta-Mu ciptaan Aiman Zul 2 By 2 dan lirik bersama Da’i Syed. Manakala single kedua, Ya Rasulullah, karya Seif Jamalullail, kemudian Arah hasil sentuhan Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.

YouTube video

Yang terbaru, Da’i baru sahaja melancarkan muzik video lagu YA AGMAL EYOUN (wahai mata cantik) pada 21 November 2020. Sehingga hari ini, video tersebut sudah mencecah 200 ribu tontonan.

Pendidikan

Berkelulusan dalam pengajian Islam dan bahasa Arab di Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir, selain menyanyi dan berlakon, Syed turut menggunakan platform media sosial untuk menarik orang ramai lebih mendekati agama. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 225,000 pengikut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dai SyedSyed Iqmal
https://lomp.at/i6q92
Share380Tweet238SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem