Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diva AA Menangis Ketika Ditanya Mengenai Ziana Zain

by Khai Azfar
November 30, 2020
Share on Facebook

Pengacara sensasi Azwan Hj Ali,54 atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengejutkan ramai peminat kerana mengalirkan air mata setelah gagal menahan sebak ketika ditanya mengenai hubungan istimewanya suatu ketika dahulu bersama penyanyi Ziana Zain.

Azwan Sebak

Dalam program realiti Lagu Cinta Kita musim kedua itu, Azwan sekali lagi dijemput menjadi pengacara bersama dengan Elly Mazlein selain turut menjemput dua lagi selebriti iaitu Zara Zya dan Ziana sendiri. Emosi Azwan secara tiba-tiba bertukar menjadi sebak apabila mengenangkan kembali persahabatan mereka yang sudah sekian lama.

“Ziana saya kenal dah lama. Saya harap jangan hakimi kami. Jadi saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” kata Azwan sebak

Ziana Mengalirkan Air Mata

Dalam pada itu Ziana turut kelihatan sebak dan mengalirkan air mata apabila Azwan membuat pendedahan tersebut apatah lagi akui sudah lama tidak bertemu kedua ibubapa pelantun Putus Terpaksa itu.

“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” dedah Azwan

Dalam sesi perbualan tersebut, Ziana turut menegaskan orang lain tidak akan mengenali Azwan yang digelarkannya sebagai Diknon seperti mana dia mengenali pengacara itu.

“Orang kalau tak kenal diknon, mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat”

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza, kena faham itu” dedah Ziana pula

Terdahulu, ketika pembabitan awal Azwan dalam industri hiburan, pengacara ini dikhabarkan pernah menaruh perasaan terhadap Ziana namun cintanya itu tidak kesampaian.

Ziana Zain Kehilangan Bapa Tersayang, Dedah Arwah Pernah Jahit Baju & Jadi Pengurus Tak Rasmi Sejak Awal Kerjaya

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azwan Ali Ziana ZainDiva AADiva AA Menangisziana zain
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara