Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Dia Tunduk, Faham’- Hafiz Hamidun Jumpa Da’i Syed Malam Sebelum Ditahan

by Zaidin Albert
December 1, 2020
235
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan bahawa, Da’i Syed sempat bertemu dengannya pada malam sebelum dia ditahan. Menurut Hafiz, pertemuannya dengan Syed untuk berbincang dan memberi nasihat tentang permasalahan yang dilaluinya.

Foto: Instagram

“Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal. Malam sebelum dia ditahan, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan”

“Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah. Dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dirinya.” – tulisnya di Instagram

Hafiz 36, turut memberitahu bahawa Syed memahami apa yang dinasihatkan dan berharap pendakwah muda itu belajar dari pengalaman ini.

“Saya dah bagitahu Syed, kena hadapi segala-galanya, secara mental dan fizikal. Dia tunduk dan faham.”

“Semoga Syed belajar dari pengalaman ini. Pada saya, yang salah tetap salah. Tapi sebagai kenalan, tetap ada simpati kepada dia”

Foto: IG Hafiz Hamidun

Untuk info, Syed kini sedang menjalani tahanan reman yang sepatutnya tamat pada 1 Disember (hari ini), namun oleh kerana terdapat laporan baru diterima daripada mangsa, maka pihak polis akan memohon lanjutan reman bagi menyiasat laporan baru berkenaan.

BACA LAGI: Pernah Digelar ‘Talang Air’, Ini 5 Fakta Da’i Syed Yang Ramai Tak Tahu

Kontroversi tentang bekas peserta Aksi Asia 2018 ini mulai tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik kisah rakannya yang didakwa dirogol oleh seorang lelaki bergelar pendakwah.

Walau bagaimanapun, Syed menafikan hal tersebut sebelum satu laporan polis dibuat dan dia ditahan ketika hadir ke Balai Polis Shah Alam bagi memberi keterangan berkenaan kes itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dai SyedHafiz HamidunSyed Iqmal
https://lomp.at/gtn34
Share94Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem