Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Tolong Doakan Saya” – Wani Comel Alami Komplikasi Jantung Bengkak

by Khai Azfar
December 10, 2020
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengamal media sosial, Wani Comel menerusi hantaran di laman Instagram nya semalam mendedahkan dia telah disahkan menghadapi komplikasi jantung bengkak setelah mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya baru-baru ini.

Menantikan Rawatan Susulan 

Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira dikejarkan ke hospital selepas didapati menghadapi jangkitan kuman di paru-paru. Dalam perkongsiannya itu, Wani berkata buat masa ini dia dibenarkan pulang ke rumah sementara menantikan rawatan susulan. Malah dia turut mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya.

“Hari ini (Rabu) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya.Buat masa ini saya dibenarkan pulang, sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.Tolong doakan saya” tulis Wani

Beri Amaran Buat Netizen 

Dalam perkembangan lain menerusi hantarannya terdahulu, Wani menegaskan akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap netizen yang telah melemparkan kata-kata fitnah terhadap dirinya.

Menurut Wani, dia terpaksa berbuat demikian berikutan banyak tuduhan melampau terhadapnya dikongsi di media sosial selepas dia membuat pendedahan kononnya diperdaya oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Difahamkan tindakan undang-undang bakal diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Wani Comel
https://lomp.at/nlwho
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem