Kurang dari sebulan tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya yang penuh dengan pelbagai coretan tersendiri apatah lagi tatkala dunia dilanda wabak pandemik COVID-19.

Sepanjang 2020, ramai yang mengambil pendekatan untuk duduk mahupun bekerja dari rumah bagi mencegah jangkitan wabak ini dan ketika itulah laman penstriman Netflix menjadi pilihan ramai untuk mengisi masa lapang mereka. Menerusi sebuah kenyataan Netflix telah senaraikan tontonan paling popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sepanjang 2020.

IKLAN

Senarai Tontonan Netflix Paling Popular Sepanjang 2020

Menariknya lagi drama bersiri seperti It’s Okay not to be Okay berada di kedudukan 10 teratas Malaysia selama hampir 100 hari. Manakala filem genre seram dan thriller yang berkisarkan zombi, #Alive juga berada dalam carta 10 teratas di 90 buah negara termasuk Malaysia. Berikut kami kongsikan senarai tontonan Netflix paling popular di Malaysia.

  1. It’s Okay not to be Okay
  2.  Was It Love?
  3.  Record of Youth
  4. Start-Up
  5. Indian Matchmaking
  6. Extraction
  7. Project Power
  8. Spenser Confidential
  9. Sangkar
  10. Wira
  11. The Old Guard
  12. Enola Holmes
  13. The King: Eternal Monarch
  14. Mystic Pop-up Bar
  15. The School Nurse Files
  16. Over The Moon
  17. Emily In Paris
  18. Pokémon: Mewtwo Strikes Back – Evolution
  19. Blood of Zeus
  20. A Whisker Away
  21. Tiger King: Murder, Mayhem and Madness
  22. Blackpink: Light Up the Sky
  23. Get Organized with The Home Edit
  24. Dream Home Makeover
  25. The Last Dance?
  26. #Alive