Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah perumpaan yang boleh digambarkan mengenai Allahyarhamah Yasmin Ahmad apabila karya-karya nya masih dikenang sehingga ke hari ini.

Bawa 3 Karya Ke Netflix

Dengan itu, laman penstriman terkenal dunia Netflix memberikan penghormatan buat pengarah terkenal dan berbakat besar ini dengan membawakan tiga filem terkenal Allahyarhamah Yasmin ke laman itu bermula 18 Disember 2020.

IKLAN

Tiga filem tersebut adalah Rabun, Mukhsin dan Talentime yang mana mempunyai pengiktirafan dan menerima anugerah dalam dan luar negara.

Dalam kenyataan media, Netflix membawakan semula filem Yasmin adalah sebagai tatapan generasi kini apatah lagi karya nya sememangnya terkenal dalam menyentuh emosi dan penuh dengan warna-warni. Menariknya, filem Mukhsin yang merupakan prequel kepada karya emas Yasmin, Sepet dan Gubra merupakan kisah terakhir mengenai watak Orked. Filem ini berjaya memenangi Grand Prix of the Deutsches Kinderhilfswerk untuk kategori Best Feature Film di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke 57.