Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Nomad Nekad Teruskan Perjalanan, Lagu Disiapkan Di Amerika Syarikat!

by Khai Azfar
December 17, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Tampil dalam Gegar Vaganza 7 (GV7),’Comeback’ dari Nomad ternyata mengubati kerinduan peminatnya setelah ‘hiatus’ dari industri hiburan buat seketika.

Sudah Punyai Perancangan 

Enggan hilang semula, Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alieff Ayub,32 berkata dia sudah mempunyai perancangan kariernya akan datang namun dalam masa yang sama enggan terburu-buru.

“Sebenarnya saya jenis yang tak suka terburu-buru. Sebagai contoh sekarang saya dah keluarkan single baharu, jadi saya akan tumpukan projekt ini dahulu sehingga selesai barulah fikirkan langkah seterusnya” kata Nomad kepada Murai.my

Tanda Setia Hadiah Buat Peminat

Sebagai hadiah buat peminat, Nomad kini muncul dengan single baharu berjudul Tanda Setia. Menariknya mengenai single kali ini, ia diinspirasikan daripada sebuah drama Cina lama yang pernah ditontonnya dan pada dasarnya lagu ini sudah lima tahun dicipta sebelum diperdengarkan secara rasmi tahun ini.

Menurut Nomad, drama ini mempunyai kisah yang amat menarik perhatian dan mengusik jiwannya begitu melekat di dalam fikiran sehinggalah terhasilknya bait-bait melodi dan lirik yang termuat dalam Tanda Setia.

“Kisah yang dipaparkan betul-betul memberikan kesan kepada saya bagaimana sepasang suami isteri yang sudah berusia terpaksa menghadapi hakikat kehilangan pasangan mereka.

“Setiap kali hari lahir, si suami menyediakan kek untuk menyambut hari lahir sendiri tanpa kehadiran insan tersayang. Dia tetap akan menyambut hari lahir sendirian dan berharap semuanya akan segera berakhir. Bayangkan dia akan berhadapan dengan penantian begitu selagi ada hayat,” kata penyanyi tinggi lampai ini

Disiapkan Di Amerika Syarikat

Meksipun lagu tersebut sudah dicipta lima tahun lalu, jelas Nomad dia hanya merakamkan lagu tersebut tiga tahun lalu di Rumi Music Lab (RML) yang juga dimiliki oleh komposer Alfa Booty.

“Saya tahu orang akan tanya mengapa lagu ini lama sangat dalam simpanan. Seperti mana yang semua sedia maklum bahawasanya saya ‘menyepi’ seketika daripada arena muzik sebelum ini, jadi hasrat itu tertangguh seketika.

“Menariknya, bulan lepas saya hantar lagu ini ke sebuah studio di Nashville, Amerika Syarikat (US) untuk menjalani proses akhir. Saya gembira dengan hasilnya dan berharap peminat juga akan memberikan sokongan kepada Tanda Setia,” katanya lagi.

Dalam pada itu Nomad juga menganggap ini merupakan masa yang sesuai untuknya mengeluarkan lagu ini memandangkan namanya masih lagi ‘panas’ sebaik sahaja menyertai pertandingan Gegar Vaganza ketujuh. Walaupun tersingkir pada minggu kelima, dia bersyukur kerana program berkenaan mengembalikan semula namanya ke persada seni tanah air.

“Saya mahu kembali aktif seperti dahulu. Dengan adanya buah tangan terbaru ini, harapnya ramai yang akan memberikan sokongan dan menyukai lagu hasil ciptaan pertama saya ini,” tambahnya.

Tanda Setia sudah berada di semua platform digital pada 12.12.2020 manakala muzik video pula mula ditayangkan semalam di saluran YouTube INDIGITAL MUSIC.

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nomadNomad Tanda Setia
https://lomp.at/idz25
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem