Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ramai Sebak, Hafiz Mahamad Jadi Imam Solat Jenazah Rakan Baik

by Khai Azfar
December 23, 2020
Share on Facebook

Lebih dari 2 juta telah menonton video yang menyayatkan hati dikongsi oleh pengamal media sosial terkenal, Hafiz Mahamad menerusi hantaran di laman Instagram nya semalam.

Sudah Tahu Hanya Mampu Bertahan Selama Sebulan

Dalam hantarannya itu, Hafiz telah berkongsi khabar yang menyedihkan yang mana sahabat baiknya yang dikenali sebagai Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah meninggal dunia, pagi semalam. Bergegas pulang ke kampung asalnya di Kelantan, menurut pengasas jenama kosmetik Aaina ini, dia sebenarnya sudah mengetahui dari awal yang sahabatnya itu hanya mampu bertahan selama sebulan namun dia untuk mendiamkan diri.

Pandu Sendiri Van Jenazah, Jadi Imam Solat Jenazah

Terkesan dengan pemergian Allahyarham, Hafiz berkesempatan untuk menatap wajah terakhir sahabatnya itu di rumah mayat di sebuah hospital malah turut membuat keputusan untuk membawa sendiri van jenazah tersebut.

Dedah Hafiz, dia tidak menyangka bahawa van jenazah yang diwakafkannya itu adalah kenderaan yang sama dipandunya untuk membawa jenazah arwah Loh.

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya Loh” tulis Hafiz

Lebih mengharukan, Hafiz turut menjadi imam solat jenazah di sebuah masjid dan tidak menyangka terdapat ramai jemaah sama-sama turut menunaikan solat jenazah rakannya.

“Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat. Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil dan suara saya tak dapat tahan lagi sebak tu.Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Rata-rata pengikut dan personaliti terkenal turut membanjiri ruangan komen Hafiz meluahkan rasa sebak mereka selain berasa terharu dengan pengorbanan Hafiz sebagai seorang rakan yang cukup baik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hafiz mahamad
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara