Menerusi pengumuman dibuat oleh pihak pengurusan kumpulan penyanyi wanita Korea popular BLACKPINK, mereka telah mengesahkan bahawa dua lagi anggota kumpulan itu iaitu Lisa dan Rose bakal mempunyai single solo masing-masing pada tahun hadapan.

Dalam Proses Keluarkan Single 

Menurut YG Entertainment,Lisa dan Rose kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan single mereka dan pihak pengurusan turut membuat persiapan rakaman video muzik seperti yang dirancang.

IKLAN

“Jisu merancang untuk keluarkan dua lagu solo itu terlebih dahulu kerana terdapat jadual penggambaran drama ‘Snow Ganghwa’ kelak,” kata wakil pengurusan tersebut

Terdahulu, YG Entertainment menyatakan selepas pelancaran album Blackpink, mereka merancang untuk mengelarkan single Rosé, Lisa, dan Jisoo mengikut susunan.

Sementara itu, kumpulan ini sedang membuat persiapan untuk konsert secara alam maya, YG PALM STAGE-2020 BLACKPINK: THE SHOW yang dijadualkan pada 31 Januari tahun hadapan. Ini merupakan konsert pertama sejak mereka melancarkan album penuh, The Album.