Tahun 2020 adalah tahun yang sangat menyedihkan. Selain pandemik COVID-19 yang berlaku, kehilangan bintang-bintang Hollywood ini juga adalah perkara yang tidak dapat dilupakan. Berikut kami shortlist 5 kematian selebriti Hollywood pada tahun 2020. Stay tune guys!
David Prowse
Aktor yang memainkan watak sebagai Darth Vader dalam trilogi original Star Wars, meninggal pada usia 85 tahun pada 28 November setelah bertarung dengan short illness.
“Dengan rasa kesedihan yang menyakitkan pada kami dan jutaan peminat di seluruh dunia, mengumumkan bahawa klien kami DAVE PROWSE M.B.E telah meninggal dunia pada usia 85 tahun” – Ejen Prowse, Thomas Bowington melalui laman Twitter
Dimitri Diatchenko
Aktor yang memainkan watak sebagai Russian Suit dalam Indiana Jones And The Kingdom Of The Crystall Skull meninggal pada 21 April di rumahnya yang terletak di Coral Gables, Florida. Menurut agennya, punca kematian Dimitri Diatchenko adalah disebabkan serangan jantung.
Irrfan Khan
Aktor yang terkenal dalam hit movie seperti ‘The Namesake’, ‘Life of Pi’, ‘Slumdog Millionaire’, dan ‘Jurrassic World’ ini meninggal dunia pada 29 April sewaktu berusia 53 tahun di Mumbai, India. Pada Mac 2018, Khan pernah mendedahkan melalui tweet bahawa beliau telah didiagnosis neuroendocrine tumor dan mendapatkan rawatan di UK selama setahun sebelum kembali ke India.
Kemudian, beliau dimasukkan ke Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani pada 28 April, di amna beliau menerima rawatan untuk colon infection dan meninggal dunia pada hari berikutnya.
Sean Connery
Aktor yang terkenal dengan watak James Bond ini meninggal pada 31 Oktober sewaktu berusia 90 tahun kerana long illness. Eon Productions, studio filem yang menghasilkan filem James Bond mengesahkan berita tersebut pada hari yang sama.
“Kami berasa sedih dengan berita pemergian Sean Connery. Beliau akan selalu dikenang sebagai James Bond yang asal. Beliau sangat bertanggungjawab atas kejayaan siri filem ini dan kami akan sentiasa bersyukur dan berterima kasih padanya.” – Produser, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli
Chadwick Boseman
Aktor yang terkenal kerana memainkan watak sebagai T’ Challa dalam Black Panther ini meninggal dunia di samping isteri dan keluarganya pada 28 Ogos sewaktu berusia 43 tahun. Punca kematian beliau adalah disebabkan kanser. Boseman didiagnosis colon cancer sejak empat tahun lepas tetapi tidak memberitahu kepada umum mengenai penyakitnya itu.
“Seorang pejuang sejati, Chadwick bertahan melalui semua itu, dan membawakan kepada anda banyak dilem yang sangat anda sukai.”- Keluarga Chadwick Boseman
Rest in Peace..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.