Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Henti Spekulasi, Linda Rafar Sedekah Makanan Kepada ‘Frontliners HSA’

by Khai Azfar
February 11, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Linda Rafar menghentikan spekulasi ramai kononnya mempunyai perselisihan faham dengan pihak Hospital Shah Alam (HSA), apabila dia memuatnaik sebuah hantaran video di laman Instagram nya semalam.

Tidak Pernah Mempunyai Masalah 

Menurut Linda atau nama sebenarnya, Azlinda binti Rafar bersempena dengan hari lahirnya yang ke 43, Linda ingin menjelaskan bahawa dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan pihak HSA termasuklah mengenai isu saman-menyaman.

Enggan mengulaskan lebih lanjut, tegas isteri kepada pelakon Syed Aiman ini isu yang terjadi terdahulu adalah kerana pihak tertentu dan kedatangannya ke HSA semalam turut disambut mesra oleh kakitangan hospital.

“Sempena hari kelahiran Linda 11/2/1978 Linda dengan rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta netizen dekat luar sana yang Linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak hospital sec7 Shah Alam”

“Kami tidak pernah bergaduh atau saman-menyaman.Apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menanguk Di air yang keruh..(cukup la itu yang Linda ingin jelas kan)..Syukur Alhamdulilah kedatangan Linda pada petang tadi di sambut dengan penuh keceriaan. segala keikhlasan” tulis Linda

Sebagai Sedekah Buat Ibu

Dalam video tersebut, turut kelihatan Linda membawa beberapa bungkus makanan dipercayai untuk disedekahkan kepada para petugas barisan hadapan hospital ini. Tambah Linda,tujuan kedatangan dan pemberiannya kepada HSA juga adalah kerana ingin sedekahkan pahala buat ibu tercinta, Allahyarhamah Rasimah binti Abd Rahman.

View this post on Instagram

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

“Tujuan serta niat adalah untuk di sedekahkan pahala ini khas untuk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman)”- tambahnya lagi

Sebagai info, ibu kepada Linda dan Diana Rafar, Rasimah Abd Rahman meninggal dunia pada 11 Januari 2019 akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Linda Rafar
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara