Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dugaan Tahun Baru, Awal Ashaari Disaman RM300 Ribu

by Khai Azfar
February 15, 2021
236
KONGSIAN
Share on Facebook

Lanjutan kes melibatkan syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry dengan Awal Ashaari sebelum ini, syarikat itu sekali lagi mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pelakon dan pengacara tersebut lebih dari RM300,000 kerana melanggar kontrak.

Difailkan Minggu Lepas

Saman tersebut difailkan minggu lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors. Difahamkan, Awal didakwa melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru defendan dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Via Instagram Awal Ashaari

Naz Carpentry dalam saman nya menuntut deklarasi bahawa defendan (Awal Ashaari) tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja. Naz Carpentry juga menuntut lebih dari RM300, 000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Tuntut Ganti Rugi Teladan

Selain itu, Naz Carpentry menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah. Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan menyatakan saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap suami kepada pelakon Scha Al-Yahya itu. Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry telah menyaman Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana telah menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui kempen media sosial di akaun Awal.

“Anak guam berpendapat bahawa Awal Ashaari tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran tersebut,” kata Nurul Hafidzah Hassan.

Sementara itu, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, krisis yang dihadapi oleh pengasas dan syarikat hiasan dalaman tersebut memberi ancaman serius terhadap kredibiliti dan perniagaan mereka.

“Ancaman reputasi yang dihadapi Naz Carpentry telah menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi dan jenama peribadi, dan jenama perniagaan syarikat, terutamanya apabila fakta tidak tepat telah tersebar di seluruh negara hanya dalam beberapa minit melalui penggunaan teknologi oleh masyarakat kini.

“Walaupun krisis ini telah memberi kesan terhadap ekuiti jenama perniagaan syarikat, Naz Carpentry percaya yang imej, reputasi dan jenama mereka akan berjaya dilindungi dan dipulihkan melalui tindakan undang-undang ini. Hasil dan mutu kerja Naz Carpentry melalui senarai klien terdahulu yang terdiri dari individu berprofil tinggi dan dihormati merupakan testimoni bagi kredibiliti kerja mereka,” jelas Saiful Ridzuan.

Sekadar info, Naz Carpentry merupakan syarikat hiasan dalaman yang terkenal di kalangan selebriti, individu berprofil tinggi termasuk dari kerabat diraja dan orang kenamaan (VIP).

[VIDEO] Telatah Bapa Awal Ashaari Cuit Hati Netizen - "Kalau Tak Boleh, Kerat Je Cover Ni. Abah Nak Bawak Balik Cover Je"
awal ashaariAwal Ashaari disamanAwal Ashaari Naz Carpentry
https://lomp.at/r5agl
Share94Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem