Monday, September 25, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Fitnah Di Akaun Instagram Awal Ashaari, Guru Tadika Mohon Maaf Kepada Naz Carpentry

by Phic ARMAN
January 11, 2021
125
KONGSIAN
Share on Facebook

Naz Carpentry telah menggugurkan saman fitnah siber terhadap seorang guru tadika yang bernama Mahfuzah Muhamad Muharrimi dari Ampang yang menggunakan identiti @mahfuzah.honey di Instagram dan Mahfuzah Remy di Facebook, setelah beliau meminta maaf kepada syarikat hiasan dalaman tersebut melalui Instagram TV.

View this post on Instagram

A post shared by Mahfuzahremy (@mahfuzah.honey)

Naz Carpentry menghantar surat tuntutan pada November 23, 2020 dan meminta Mahfuzah Muhamad Muharrimi memohon maaf dan membayar RM1,000,000. Namun, setelah guru tadika tersebut mengeluarkan permohonan maaf rasmi kepada syarikat hiasan dalaman tersebut, mengaku yang beliau telah melakukan kesilapan dan memfitnah Naz Carpentry di laman media sosial Instagram milik Awal Ashaari dan di halaman Facebook beliau, maka Naz Carpentry tidak akan meneruskan saman. Guru tadika tersebut telah menghentikan perbuatan fitnah beliau.

“Pada masa ini, tidak ada keraguan mengenai fitnah yang telah dilemparkan terhadap Naz Carpentry oleh guru tadika tersebut,” kata Saiful Ridzuan, pengurus krisis Naz Carpentry dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.

Mahfuzah Muhamad Muharrimi telah membuat kenyataan melalui posting dan komen pada November 9, 2020 melalui akaun Instagram beliau dan memfitnah dengan mendakwa yang kononnya beliau adalah juga salah seorang mangsa Naz Carpentry.

Guru tadika tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Naz Carpentry melalui penerbitan di Facebook pada June 23, 2020. Berikutan kenyataan, komen dan postings tersebut, Naz Carpentry telah mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat beranggapan pengasas dan syarikat tersebut merupakan penipu, biadap, tidak bermoral, tidak mempunyai sikap yang baik dan tidak layak dilayan dengan baik oleh masyarakat.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan dari NHA Advocates And Solicitors berkata,

“Kebanyakan komen yang diterima oleh Naz Carpentry telah menyebabkan masyarakat memandang serong kepada anak guam kami dan kini terbukti yang fitnah tersebut dilakukan untuk menghina, menjatuhkan reputasi, memberikan komen negatif, mengugut anakguam kami dan menunjukkan masyarakat percaya dengan fitnah dan berita palsu tersebut.”

Saman fitnah siber Naz Carpentry terhadap pengacara TV Awal Ashaari masih berlangsung

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER awal ashaari
Share50Tweet31SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Michael Ang Seloroh Banding Fesyen Syafinaz & Aina Abdul, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Ini Tak Seteruk…”
Gossip

Michael Ang Seloroh Banding Fesyen Syafinaz & Aina Abdul, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Ini Tak Seteruk…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!
Gossip

Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

by Naddy Joe
September 25, 2023
Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”
Gossip

Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran
Gossip

“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran

by Naddy Joe
September 25, 2023
Shah Rukh Khan & Anaknya Dilihat Sembah Tuhan Ganesha? Peminat Semakin Keliru & Hairan
Bollywood

Shah Rukh Khan & Anaknya Dilihat Sembah Tuhan Ganesha? Peminat Semakin Keliru & Hairan

by Aphit J.
September 24, 2023
“Batu Api Cam Si*l”- Caprice Dinasihati Tidak Campur Tangan Urusan Ebit Lew Dan Mondy
Lokal

“Batu Api Cam Si*l”- Caprice Dinasihati Tidak Campur Tangan Urusan Ebit Lew Dan Mondy

by Aphit J.
September 24, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  2. 2

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    Baharu Sahaja Beberapa Bulan Kahwin, Shila Amzah “Dikhabarkan” Bakal Bercerai Dengan Suami Mudanya Ubai

  5. 5

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan