TMJ Tempelak ‘Founder’ Cium Mulut Adik Angkat Lelaki

Menurut TMJ, perilaku seumpama itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi terjadi kepada sesama jantina.

Mesti Baca

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Ini Jumlah Yang Dibayar Kepada Meghan & Harry Untuk Wawancara Dengan Oprah Winsfrey

CBS dilaporkan telah membayar jutaan dolar untuk memiliki hak penyiaran wawancara yang sangat dinanti-nantikan iaitu wawancara Oprah Winsfrey bersama...

Mas Khan Nafi Sombong, Ambil Keputusan Berehat Seketika Dari Industri Hiburan

Pelakon Mas Khan menerusi hantaran di Insta-story menafikan bahawa dirinya sombong terhadap wartawan yang cuba menghubunginya baru-baru ini. Ingin Berehat...

Sebelum ini Murai.my melaporkan terdapat sebuah video tular di media sosial memperlihatkan seorang pengasas produk kesihatan mencium mulut seorang remaja lelaki Autism dipercayai adik angkatnya.

TMJ Beri Respon

Meskipun dijaga sejak kecil, namun tindakan tersebut telah mencetuskan kritikan daripada orang ramai apatah lagi dilakukan beberapa kali dan dimuatnaik di media sosial. Terbaru, video tersebut turut mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Duli Yang Amat Mulia,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di laman Insta-story baginda.

Titip Pesanan

Menurut TMJ, perilaku seumpama itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi terjadi kepada sesama jantina.Titah Baginda, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mengenai tindakan yang betul dan salah. Dalam masa yang sama, TMJ turut berpesan agar ibubapa lebih berhati-hati terhadap orang luar dan saudara sendiri yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap anak-anak mereka.

“Ini adalah salah, cukup cukuplah,sakit mental(sicko)!”

“Kepada semua ibu bapa di luar sana tolong ajar anak anda mengenai salah laku seksual terhadap kanak-kanak. Ajar anak perempuan anda, dan pada masa yang sama terhadap anak lelaki anda yang mungkin terlepas pandang mengenai isu ini. Ajar mereka mana yang salah dan betul. Jangan biarkan orang luar atau saudara sendiri mengambil kesempatan terhadap mereka”

Sebagai info, selepas tularnya isu tersebut di media sosial akaun lelaki tersebut yang didaftar sebagai @papa_idola_semalaya telah dipadam oleh pihak TikTok kerana menyalahi undang-undang yang ditetapkan.

Terkini

‘Instafamous’ Dikecam Selepas Ketawa Lihat Mangkuk Tingkat Murid

Seorang pengamal media sosial terkenal yang juga usahawan dikecam di laman Twitter selepas memuatnaik ciapannya berkenaan seorang pelajar sekolah...

Artikel Berkaitan