Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kmy Kmo & Luca Sickta Dedah Sikap Sebenar Jamal Abdillah

by Khai Azfar
February 20, 2021
Share on Facebook

Nama duo rap yang juga komposer, Kmy Kmo dan Luca Sickta antara yang mencuri perhatian di dalam industri hiburan apabila tampil berduet dengan beberapa orang penyanyi popular seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir serta turut menyusun semula lagu Intan Payung nyanyian Bunga dan Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris.

Muncul Dengan Lagu Duet Bersama Jamal

Terbaru, tidak menunggu masa yang lama untuk terus mencipta nama duo ini kembali menjadi sebutan di bibir peminat apabila muncul dengan single baharu mereka berjudul Neraca. Menariknya, lagu ini menampilkan penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah untuk berkolaborasi bersama.

Menurut Luca atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin, dari awal lagi mereka sudah membayangkan Jamal bagi menyanyikan lagu itu.

“Ketika Kmy buat rakaman demo lagu ini dia menyanyi ala suara Dato’ Jamal. Malah, dari awal lagi memang sudah pasang niat alangkah menarik jika Dato’ Jamal dapat menyanyikan lagu ini. Alhamdulillah, rezeki kami dan Dato’ Jamal bersetuju.

“Awalnya, muzik lain. Tapi, selepas Dato’ Jamal memberikan persetujuan kami terus tukar dan masukkan elemen ghazal. Kami berasakan muzik tradisional ini tidak boleh dilupakan oleh generasi baharu walaupun ia dipersembahkan dalam versi moden. Kalau peminat lama mendengar lagu ini pun, mereka tetap akan mengenali muzik ini” kongsi Luca

Mudah Bekerjasama

Bercakap mengenai pengalaman merakamkan lagu bersama penyanyi lagenda itu, mereka akui pada mulanya menganggap Jamal merupakan seorang figura yang agak tegas berdasarkan lenggok suaranya. Namun, ternyata itu telahan semata-mata kerana mereka begitu mudah bekerjasama dan beliau sentiasa merendahkan diri.

“Sepanjang proses rakaman, Dato’ Jamal sangat mengalu-alukan kami. Kami menjangkakan dia seorang legenda yang ‘diva’, tapi dengan kami dia okay. Tidak ada langsung rasa kekok, sebaliknya dia sangat mudah bekerjasama, profesional dan merendah diri. Sikap yang ditunjukkan itu tidak membuatkan kami rasa takut dan segan,” tambahnya lagi

Impi Berduet Dengan Siti, M Nasir & Jamal Sudah Lama 

Dedah duo ini lagi, beberapa penyanyi sebelum ini seperti Siti Nurhaliza, M Nasir dan Jamal sendiri merupakan impian mereka sejak di awal pembabitan dalam bidang penulisan dan penciptaan lagu lagi.

“Kami sudah menunggu lama peluang sebegini. Kami dari zaman sekolah lagi sudah menghasilkan muzik. Sejak itu kami bercita-cita nak bekerjasama dengan penyanyi legenda. Diakui kami memang ada senarai nama penyanyi-penyanyi itu.

“Bukan nak bekerjasama dengan penyanyi legenda yang bergelar Dato’ saja, tapi ia lebih kepada ingin merealisasikan impian. Kami mahu habiskan dahulu senarai legenda. Setakat ini kami sudah selesai dengan genre yang diwakili setiap legenda itu. Tinggal lagi genre rock pula” jelasnya

Akan Berduet Dengan Seorang Lagi Penyanyi

Ketika ditanya mengenai penyanyi seterusnya yang akan berduet dengan mereka, Kmy dan Luca akui akan ada seorang lagi penyanyi yang akan berduet dengan mereka untuk projek seterusnya.

“Insya Allah, selepas itu baru kami ke senarai penyanyi ‘A list’ pula. Kami sudah ada lagu dan senarai nama penyanyi. Dalam masa sama, kami juga akan buat projek bersama penyanyi baharu yang mempunyai bakat dan vokal bagus,” katanya kepada Murai.my

Kmy Kmo, Luca Sickta dan Jamal Abdillah ditemui Murai.my secara maya ketika majlis pelancaran single Neraca yang diadakan pada petang Khamis (18 Februari 2021). Difahamkan lagu yang sudah disiapkan sejak 2018 it merupakan kesinambungan daripada lagu Zuhud yang dilancarkan pada Disember 2019.

[VIDEO] Telatah Anak Jamal Abdillah Berkubang Cuit Hati Netizen- "Aku Suka Yang Tepuk Tu"

YouTube video

Neraca boleh dilayari di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula hari ini.

jamal abdillahKmy Kmo Luca Sickta
https://lomp.at/6lngk
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara