Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kenali Teuku Hasnawi, Kembar Shah Rukh Khan Yang Jadi Viral di TIKTOK

by Jash Lee
February 28, 2021
Share on Facebook

Teuku Hasnawi adalah pemilik akaun @rahuljunior1213 dan dia adalah salah seorang yang sentiasa menarik dan mendapat perhatian di aplikasi TikTok. Ini kerana dia dikatakan mirip Shah Rukh Khan versi Indonesia dan dia juga dapat meniru ekspresi wajah dalam video klip Raja Bollywood ini.

Teuku Hasnawi sendiri selalu memuat naik video TikTok yang kelakar dengan lagu latar yang sering dipersembahkan oleh Shah Rukh Khan. Anda mesti ingin tahu lebih lagi akan apa persamaan Teuku Hasnawi dan Shah Rukh Khan bukan? Jom kita tengok!

via India TV

Ekspresi Wajah Yang Sama

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Video-2021-02-23-at-10.41.00-AM.mp4

Teuku Hasnawi sering meniru ekspresi wajah Shah Rukh Khan dalam filemnya. Tapi sekali pandang, tanpa meniru pun wajahnya sudah hampir sama. Tidak hairanlah jika Teuku Hasnawi selalu digelar kembar Shah Rukh Khan. Netizen juga suka dan memuji apabila Teuku Hasnawi memuat naik video TikToknya meniru gaya Shah Rukh Khan.

Menyanyi

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Video-2021-02-23-at-10.59.49-AM.mp4

Teuku Hasnawi juga kerap berduet dengan netizen TikTok yang lain dengan menyanyikan lagu Bollywood. Dia juga banyak menghafal lagu-lagu Bollywood yang menjadi kegemarannya. Lihat sahajalah gayanya ketika menyanyi dan menari, Wow! mereka berdua betul-betul nampak sama seperti watak Rahul dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham.

Lakonan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Video-2021-02-23-at-11.02.22-AM.mp4

Bukan hanya sekali dua malah telah beberapa kali Teuku Hasnawi berkongsi kemahiran lakonannya di TikTok. Dan salah satunya apabila dia melakonkan watak sedih. Ekspresi wajahnya memang sama seperti Shah Rukh Khan. Anda rasa macamana? Mereka sama kan?

Menari 

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Video-2021-02-23-at-11.12.33-AM.mp4

Dia juga sempat untuk membuat video tariannya di TikTok. Walaupun tidak begitu fleksibel, sebilangan netizen tetap memuji penampilannya. “Ia nampak kaku, anda perlu berlatih lagi untuk terlihat sama sepertinya,” kata salah seorang netizen.

Ada juga yang mengatakan wajah Teuku Hasnawi memang sama sewaktu dia meniru gaya Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hotta Hai.

Itulah antara persamaan yang sempat kami rungkaikan untuk pembaca Murai.My. Anda rasa mereka nampak sama tak? Selamat berhibur.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara