Nur Sajat Terima Waran Tangkap Pada Tarikh Yang Istimewa Buat Dirinya

Difahamkan, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii selepas usahawan itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding yang dijadualkan pada jam 9 pagi semalam untuk sebutan semula kes.

Mesti Baca

Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada...

Mak Ayah Dihina Sampai Panggil ‘Bodoh’? Dekati Kisah Kak Girl Yang Menyentuh Hati

Kak Girl sebak hingga mengalirkan air mata dalam sebuah video temubual eksklusif bersama selebriti dan influencer oleh Subhome. Dalam video...

Memakai Gelang Berlian Puteri Diana, Ini Alasan Meghan Markle

Meghan Markle memakai perhiasan istimewa sewaktu wawancara beliau yang bakal datang dengan Oprah Winsfrey. Memakai Gelang Berlian Mendiang Puteri Diana Sewaktu...

Semalam sepatutnya merupakan hari yang cukup bermakna buat usahawan sensasi, Nur Sajat yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang 36.

Terima Waran Tangkap 

Bagaimanapun,Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerima perkhabaran sebaliknya apabila media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Ini berikutan Sajat dikatakan gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Gagal Hadir Prosiding

Difahamkan, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii selepas usahawan itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding yang dijadualkan pada jam 9 pagi semalam untuk sebutan semula kes.

Menurut sumber, peguam, Zuri Zabuddin Budiman berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun pelantun Makhluk Penggoda itu diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak. Disebabkan itu, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

“Saya tunggu juga Nur Sajat, tetapi dia tak datang”
“Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi,” katanya seperti dipetik sumber

Selain Zuri Zabuddin, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal. Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Sebagai info, pada 6 Januari lalu,Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita sekitar 2018. Malah, sebelum itu tular apabila Sajat mendakwa dirinya telah dikasari serta dilayan buruk oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika tampil membantu proses siasatan di Ibu Pejabat JAIS.

Terkini

Bintang Filem Star Wars Kesal Kerana Gangguan Rasis & Seks

Bekas bintang 'Star Wars', Kelly Marie Tran ini menghapuskan akaun Instagram beliau pada Jun 2018 kerana gangguan rasis dan...

Artikel Berkaitan