Sangat Comel! Kai EXO Berkolaborasi Dengan Jenama Mewah Gucci

Mesti Baca

Jenama mewah Itali, Gucci buat pertama kalinya memperkenalkan Gucci Capsule Collection kolaborasi bersama artis Korea terkenal iaitu Kai EXO, dengan item bertemakan beruang yang pasti akan membuatkan anda teruja untuk mendapatkannya.

Selebriti Korea Pertama Mempunyai Kolaborasi Gucci Capsule Collection

Kai EXO, menjadi duta Gucci Global pertama Korea selama dua tahun berturut-turut dan kini, beliau menjadi selebriti pertama Korea yang mempunyai Gucci Capsule Collection Collab.

Koleksi Yang Menampilkan Haiwan Kegemaran Kai

Koleksi KAIxGucci adalah koleksi beruang, haiwan kegemaran Kai.

“Saya rasa saya dapat memakainya dengan lebih comel kerana beruang yang dilukis di sana sini. Setiap peringkat umur boleh memakainya setiap hari.”- Kai EXO

Mengapa Motif Beruang?

Menurut TeenVogue, motif beruang berasal dari nickname yang diberikan oleh peminatnya yang menyatakan beliau kelihatan seperti beruang.

“Peminat memberikan saya panggilan ini, menyatakan bahawa saya kelihatan seperti beruang. Pada mulanya, saya berkata ‘Beruang apakah saya?’, kemudian saya mula melihat karakter beruang semakin kerap.”- Kai EXO

Gembira Mempunyai Koleksi Yang Diberi Nama Sendiri

Kai secara terbuka berkongsi pendapatnya mengenai jenama Gucci yang melancarkan koleksi dengan Selebriti Korea. Kai menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur dang gembira mempunyai koleksi yang diberi nama sendiri.

“Saya bersyukur dan gembira. Bukan mudah untuk mempunyai koleksi yang diberi nama saya sendiri. Ini adalah peluang yang sangat bagus, saya sangat gembira kerana ia datang saya.”- Kai EXO

Ada yang berminat untuk membeli koleksi KAIxGUCCI?

Terkini

Lebih Dari 1,000 Aduan Mahu Persembahan Grammy Cardi B Dan Megan Thee Stallion Dihentikan

Cardi B dan Megan Thee Stallion membuat persembahan lagu hit no.1 mereka, "WAP" pada Anugerah Grammy pada Mac 14...

Artikel Berkaitan