Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Dia Power!”- Tuju Kagum Lihat Kegigihan Loca B Demi AJL35

by Khai Azfar
February 26, 2021
Share on Facebook

Selepas beberapa kali ditunda, akhirnya penganjuran Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) telah dimuktamadkan pada 14 Mac 2021. Difahamkan AJL35 bakal diadakan tanpa kehadiran penonton selain diselia rapi dengan SOP yang ketat.

Giat Membuat Persiapan

Dalam pada itu, Loca B yang akan membuat persembahan bersama-sama Kaka Azraff dan Noki menerusi lagu Gila yang tersenarai sebagai finalis sedang giat membuat persiapan menjelang kemuncaknya pada bulan hadapan. Pendedahan itu dibuat sendiri oleh suaminya yang juga penyanyi rap terkenal, Tuju.

Tuju Terharu Dengan Loca B 

Menurut Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25 dia berasa begitu kagum melihatkan kesungguhan isterinya itu berlatih hampir setiap hari demi memberikan persembahan yang terbaik dalam anugerah berprestij itu. Akui Tuju lagi, Loca merupakan seorang individu yang cukup berdisiplin dan banyak mengajarnya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang baik.

“Loca B adalah seorang individu yang cukup berdisiplin dan banyak mengajar saya”

“Allah SWT itu Maha Adil. Bila dapat masuk AJL35 ini kami anggap sebagai rezeki anak. Hampir setiap hari dia akan berlatih. Walaupun mempunyai anak, tetapi dia pandai bahagikan masa untuk persiapan. Dia memang power” kata Tuju kepada Murai.my

Tuju ditemui menerusi sidang media virtual pelancaran single nya, Jiwa Pusing pada petang Rabu. Single ini menurut Tuju menceritakan tentang luahan hatinya sendiri tentang kehidupan dan merupakan single pertamanya bersama Black Hat Cat Records.

YouTube video

Sekadar info, Tuju turut merasai kehangatan AJL35 itu sendiri setelah menggantikan tempat Loka pada Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) berikutan sedang berpantang setelah melahirkan anak sulung mereka. Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini akui telah mendirikan rumahtangga namun enggan berkongsi tarikh perkahwinan mereka atas sebab peribadi sebelum dikurniakan zuriat penghujung November.

Error happened.
https://lomp.at/2nq4l
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara