Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Jiwa Pusing, TUJU Luah Isi Hati Dalam Single Terbaharu

by Zaidin Albert
February 19, 2021
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tak kenal dengan nama Tuju, rapper yang popular dan berbakat. besar. Nama sebenar Tuju adalah Azree Zamree. Anggota kumpulan K-Clique ini semakin popular mencipta nama sebagai penyanyi solo.

Tuju pernah menjadi penyanyi solo dalam beberapa buah lagu hits antaranya ‘X Missing U’ sebuah lagu duet bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii yang Berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35.

Selain daripada beraksi solo dan bersama K-Clique, Tuju turut beraksi secara duo dengan isterinya penyanyi rap wanita Loca dibawah nama pentas TUJULOCA, sehingga kini TUJULOCA pernah menghasilkan tiga single seperti ‘Naluri’, ‘Empati’ dan ‘Bintang’. Tahun lalu, Tuju Berjaya mencuri perhatian peminat industri muzik apabila menyertai dan memenangi tempat ketiga dalam rancangan realiti misteri ‘The Masked Singer Malaysia’, sebuah program francais popular sedunia.

Kini, sebagai permulaan kalendar seninya di tahun 2021, Tuju bakal melancarkan single terbaharunya berjudul “JIWA PUSING”. Single ini merupakan single pertamanya bersama Black Hat Cat Records.

“JIWA PUSING” merupakan ciptaan bersama Tuju dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang semakin meningkat naik, Mingaling dari kumpulan Hip Hop MassMusic.

Lirik “JIWA PUSING” yang ditulis oleh Tuju ini, menceritakan tentang luahan hatinya sendiri tentang kehidupan.

“JIWA PUSING adalah lagu suara hati, luahan hati, getar perasaan yang membuak-buak ingin keluar dari benak hati yang paling dalam. Saya mengambil beberapa lirik lama yang sudah lama dalam simpanan saya, lirik yang sangat membawa makna dalam hidup saya. Dalam lirik ini sendiri tertulis ‘Ku Tuju diri ku dalam lirik ini’ yang membawa maksud lagu ini merujuk kepada saya dan kehidupan saya ketika itu,” jelas Tuju maksud di sebalik lagu ini.

“JIWA PUSING” merupakan terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 19 FEBRUARI 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
TujuTuju K-Clique
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara