Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Selain Ruhainies & Nora Danish, 7 Pasangan Artis Ini Juga Memiliki Muka Yang Seiras

by Jash Lee
March 13, 2021
Share on Facebook

Memiliki wajah yang sama dengan adik atau kakak merupakan perkara biasa. Namun, bagaimana pula jika sebenarnya mereka ini tidak langsung mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan tapi memiliki wajah yang sangat seiras. Pelanduk dua serupa kan?

Siapa sangka, jika beberapa artis ini memiliki wajah yang sangat seiras bahkan sering disebut kembar. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

Dayana Rozza Dan Scha Alyahya

via beritasteady.net

Tidak dinafikan lagi bahawa kedua-dua pelakon ini memiliki wajah yang sama dan seiras. Mereka selalu menjadi perbualan netizen yang menggelarkan mereka ini kembar kerana mereka mempunyai banyak persamaan dari segi wajah dan senyuman.

Sejak dulu lagi ramai yang menyangka bahawa mereka berdua adalah saudara. Walaupun mereka sebenarnya tidak mempunyai talian darah sedikit pun.

Nadiya Nissa Dan June Lojong 

via blogspot.com

Artis seterusnya yang memiliki wajah yang sama adalah Nadiya Nissa dan June Lojong iaitu isteri kepada pelakon, Namron. Kerana paras rupa mereka yang seakan sama, ramai netizen yang sering tertipu dengan penampilan mereka berdua.

Ruhainies Dan Nora Danish

via beritasteady.net

Artis cantik manis dengan rupa paras yang nampak manja, Ruhainies dan Nora Danish merupakan pelakon yang langsung tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Kedua-dua mereka mempunyai rupa paras yang sangat seiras. Kadang-kadang keliru juga untuk membezakan antara Ruhainies dan Nora Danish. Sama cantik, comel, putih gebu dan berbakat besar.

Rafidah Ibrahim Dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza

via blogspot.com

Pelakon cantik Rafidah Ibrahim dan isteri kepada Datuk K, Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga memiliki rupa paras yang banyak persamaannya. Lebih-lebih apabila mereka berdua memberikan senyuman dan bentuk wajah mereka juga hampir sama.

Wawa Zainal Dan Ayda Jebat

via wordpress.com

Nur Suhada Jebat atay lebih dikenali sebagai Ayda Jebat memiliki wajah yang seakan sama dengan isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal Ariel Zafril iaitu Wawa Zainal. Comel kan bila kedua-dua mereka mengukirkan senyuman?

Allahyarham Sudirman Haji Arshad Dan Que Haidar

via tubeviral.bbn.my

Sekiranya anda perhatikan betul-betul kedua-dua artis tampan ini, mereka sebenarnya memiliki wajah yang sangat serupa. Terutama pada rambut dan senyuman mereka. Sama bukan? Macam kembar tapi mereka ini tidak mempunyai apa-apa talian persaudaraan.

Remy Ishak Dan Azrel Ismail

via wordpress.com

Memiliki rupa bentuk yang banyak persamaan, ramai yang mengatakan bahawa kedua-dua pelakon segak dan sasa Remy Ishak dan Azrel Ismail ini kelihatan sama dari segi bentuk wajah, rupa paras, gaya, senyuman, bentuk badan yang sasa dan mereka ini sangat kelakar sebenarnya. Sama kan?

Apa pendapat anda dan yang mana yang paling kelihatan sama? Orang dulu-dulu selalu kata, manusia akan ada 7 orang kembar yang muka sama macam kita. Anda dah jumpa kembar yang sama macam anda?

artismukaseiras bukankembar artismalaysia
https://lomp.at/7x4q1
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Gambar sekadar hiasan, dihasilkan oleh AI
Lokal

Tak Boleh Ditarik Balik, Peguam Syarie Jelaskan Hak Mutaah- “Kalau Ada Perintah Mahkamah…”

by Nurul A.
January 8, 2026

Isu mutaah menjadi perbualan hangat selepas pempengaruh media sosial, Chazynash memaklumkan bahawa dia bakal menarik semula kemudahan (termasuklah mutaah, kereta...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore