Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Peguam Yakin, Zarina Anjoulie Akan Menang Kes Saman Oleh Nurfaralinah

by Zaidin Albert
March 1, 2021
Peguam Yakin, Zarina Anjoulie Akan Menang Kes Saman Oleh Nurfaralinah
Share on Facebook

Mahkamah Tinggi Malaya Negeri Sembilan membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Zarina Anjoulie untuk membatalkan penghakiman yang dimasukkan oleh Nurfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza berhubung dakwaan yang usahawan media sosial tersebut memfitnah wanita itu.

Fara Mendoza

Siginifikasi kemenangan Zarina ialah keputusan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk membela diri secara adil dan saksama di hadapan hakim. Setelah berjaya mengenepikan penghakiman ingkar bagi kes tersebut, maka Zarina boleh memfailkan pembelaan dan membuat tuntutan balas serta melalui perbicaraan penuh.

Fara Mendoza memfailkan saman pada bulan Januari tahun lalu dan media melaporkan yang beliau telah “menang” saman tersebut pada 5 Jun 2020.

Berikutan laporan berita itu, Zarina telah memfailkan permohonan membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun tahun lepas dan seterusnya memberi pencerahan serta menyangkal berita yang dilaporkan. Zarina telah menerangkan bahawa kes saman itu masih berjalan, beliau tidak kalah kes tersebut dan ianya baru saja bermula.

Penghakiman tersebut dimasukkan kerana Zarina mendakwa beliau tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguam terdahulu beliau telah membela nasib usahawan media sosial itu.

IKLAN

Zarina menyangkakan peguam yang dilantik terdahulu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara Mendoza itu diterbitkan oleh pihak media pada 5 Jun tahun lalu.

Apabila Zarina menghubungi peguam tersebut, ahli keluarga peguam itu telah memaklumkan bahawa peguam beliau diserang strok dan firma guaman telah pun ditutup beberapa bulan.

Sehubungan dengan itu, Zarina telah pergi ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian bahawa terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya. Setelah mahkamah memberi pengesahan mengenai isu tersebut, Zarina telah melantik barisan peguam baru bagi mewakili dirinya. Usahawan media sosial tersebut membuat keputusan untuk menggunakan khidmat peguam Nurul Hafidzah Hassan dari NHA Advocates And Solicitors sekali lagi.

“Anak guam Zarina Anjoulie menafikan segala tuduhan dan tidak pernah memfitnah Fara Mendoza. Kami akan memastikan beliau akan memenangi kes ini,” kata Nurul Hafidzah, peguam utama yang mewakili Zarina Anjoulie.

Nurul Hafidzah merupakan peguam yang mengendalikan kes saman fitnah Zarina terhadap pelakon Emelda Rose dan Amyza Aznan. Terdahulu, pada 10 Julai 2020, Zarina berjaya mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Amyza Aznan bagi kes saman fitnah siber yang difailkan oleh beliau ke atas pelakon tersebut.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: fara mendozaNurfaralinahzarina anjoulie
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Saya Mahu Mereka Selesa” – Yazmin Aziz Syukur Dapat Miliki Kereta Baru
Lokal

“Saya Mahu Mereka Selesa” – Yazmin Aziz Syukur Dapat Miliki Kereta Baru

by Naddy Joe
June 30, 2022

Penyanyi, Yazmin Aziz menitipkan rasa syukur apabila dapat memiliki kereta sendiri yang lebih besar untuk keselesaan keluarganya. Keluarga Memandu Kereta...

Read more
‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa
Lokal

‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa

by Mas Ayu
June 30, 2022

Sebelum ini Murai MY melaporkan tentang pandangan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Besar...

Read more
“Tak Berani & Tak Berminat”- Fasha Sandha ‘Reject’ Lakukan Pembedahan Kecilkan Perut Biarpun Ditaja
Gossip

“Tak Berani & Tak Berminat”- Fasha Sandha ‘Reject’ Lakukan Pembedahan Kecilkan Perut Biarpun Ditaja

by Naddy Joe
June 30, 2022

Pelakon berbakat, Fasha Sandha membuat perkongsian bersama peminat mengenai perjalanannya untuk menguruskan badan selepas menjadi ibu kepada tiga orang anak....

Read more
[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah
Gossip

[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah

by Naddy Joe
June 30, 2022

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman berkongsi rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumah kesayangannya yang mengambil keputusan untuk pulang...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera