Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Pengarah Nafi Projek: Anchor SPM Tiru Filem Bad Genius

by Khai Azfar
March 4, 2021
Share on Facebook

Sejak ‘teaser’ drama bersiri Projek : Anchor SPM dipertontonkan, pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet termasuklah dakwaan kononnya meniru filem antarabangsa terkenal dari Thailand, Bad Genius.

Nafi Tiru Bad Genius 

Menafikan dakwaan tersebut, Razaisyam Rashid yang merupakan salah seorang pengarah Projek: Anchor SPM berkata drama tersebut sememangnya berbeza dan menegaskan isu pelajar meniru ketika peperiksaan sememangnya berlaku di seluruh negara.

“Isu pelajar meniru ketika peperiksaan berlaku di seluruh dunia”

“Drama ini juga berlatar belakang tahun 2003 ketika pelajar masih tiada akses kepada internet dan ia lebih kepada tindakan menipu secara rawak oleh pelajar sekolah menengah selama ini”- katanya kepada media

Bagi seorang lagi pengarah, Anwari Ashraf menegaskan terdapat perbezaan mengenai genre drama dan filem tersebut. Jelasnya, Projek : Anchor SPM lebih ke arah nilai persahabatan dan menumpukan kepada ‘young adult’ berbanding Bad Genius yang lebih kepada thriller.

“Yes memang akan ada babak lebih kurang tapi ye lah bila dah jawab exam, masuk dewan peperiksaan”

“Saya yakin kalau penonton yang berkata demikian tapi memberi peluang menonton Projek: Anchor SPM, mereka akan susah nak samakan dua karya ini,”-kata Anwari

Razaisyam dan Anwari ditemui ketika sidang media virtual majlis pratonton dan pelancaran Projek: Anchor SPM pada petang Selasa. Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij yang bersekongkol menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Projek: Anchor SPM dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul,Nadhir Nasar, Chubb-E,Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff dan Susan Lankester.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bad GeniusProjek : Anchor SPM
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara