Kena Bawa Dokumen Berkaitan! Ini SOP Terbaharu Pawagam Dibuka Semula

Dokumen sokongan yang menyatakan dari kediaman yang sama juga perlu ditunjukkan kepada krew yang bertugas sebagai bukti.

Mesti Baca

Setelah pelbagai keluhan dibuat oleh pengusaha pawagam tanah air, akhirnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan aktiviti penggambaran serta tayangan filem di pawagam dibenarkan di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Perlu Bawa Dokumen BerkaitanĀ 

Bagaimanapun, pembukaan semula itu tertakluk kepada beberapa Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ketat termasuklah penjarakkan fizikal dan kapasiti penonton di dalam sebuah pawagam. Bukan itu sahaja, SOP kali ini turut membenarkan penonton untuk duduk bersebelahan.

Via TGV Cinemas

Namun kebenaran tersebut hanya diberikan buat ahli keluarga dan mereka yang berada dalam kediaman sama. Malah dokumen sokongan yang menyatakan dari kediaman yang sama juga perlu ditunjukkan kepada krew yang bertugas sebagai bukti.

Filem Sepanjang MacĀ 

Manakala, selebihnya penjarakkan kedudukan secara berselang akan dikenakan sehingga SOP seterusnya diumumkan kelak.

Sebagai info, terdapat beberapa filem akan ditayangkan bermula hari ini antaranya seperti Raya and the last dragon, Monster Hunter, Z wants to Play, Wonder Woman 1984 serta Godzilla VS Kong akan turut ditayangkan tidak lama lagi.

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan