Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Oprah Winfrey Mengaku 3 Kenyataan Dari Meghan Dan Harry Ini Amat Mengejutkan

by Naddy Joe
March 11, 2021
Share on Facebook

Oprah Winfrey menyatakan beberapa momen yang mengejutkan sewaktu wawancara eksklusif beliau bersama Putera Harry dan Meghan Markle.

Mengenai Warna Kulit

Menurut sebuah video yang dimuatnaik di Youtube CBS This Morning, Winfrey setelah akui terkejut dengan beberapa pendedahan yang dibuat oleh Putera Harry dan Meghan Markle. Salah satunya mengenai warna kulit Archie.

“Saya rasa tentang warna kulit. perbincangan mengenai warna kulit Archie. Ia mengejutkan saya” – Oprah Winfrey

Dalam wawancara Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan Meghan Markle, pasangan itu mendedahkan bahawa ada ahli keluarga diraja yang menyuarakan kebimbangan dan bercakap mengenai warna kulit Archie sebelum dilahirkan.

Winfrey bertanyakan siapakah ahli keluarga diraja yang dimaksudkan, tetapi pasangan itu enggan menyatakan siapa yang membuat pernyataan tersebut.

Meghan Markle Pernah Berniat Bunuh Diri

Winfrey turut memberitahu bahawa beliau terkejut dengan pendedahan Putera Harry dan Meghan Markle. Dan segmen kedua wawancara yang mengejutkan Oprah Winfrey adalah apabila Meghan Markle memberitahunya bahawa Meghan pernah berniat mahu bunuh diri.

“Itulah sebabnya saya menjelaskan, ‘adakah anda berasa sedih atau berfikir untuk membunuh diri?’ Itu juga sangat mengejutkan saya.”- Oprah Winfrey

Meghan memberitahu Winfrey bahawa beliau pernah berniat untuk membunuh diri setelah menyertai keluarga diraja, dan menyatakan bahawa beliau ‘malu menyatakannya pada waktu itu dan malu mengakuinya kepada Harry’.

Putera Harry Berasa “Terperangkap”

Oprah Winfrey turut menyatakan bahawa beliau terkejut sewaktu Putera Harry memberitahunya dia berasa “terperangkap”. Putera Harry memberitahu Oprah Winfrey bahawa Meghan membantunya menyedari betapa terperangkapnya dia.

Oprah Winfrey turut bertanya bagaimana Putera Harry berasa terperangkap setelah menjalani kehidupan “hak istimewa” sebagai putera, Harry menjelaskan beliau beliau “terperangkap dalam sistem”, dan menyatakan keluarganya juga.

“Bapa dan abang saya, mereka terperangkap. Mereka tidak dapat keluar. Dan saya mempunyai belas kasihan yang besar”- Kata Putera Harry

Apa komen anda?

YouTube video
Error happened.
https://lomp.at/t51cn
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara