Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Siti Nurhaliza Lancar Album Lagu Kanak-Kanak Minggu Hadapan?

by Khai Azfar
March 12, 2021
Share on Facebook

Penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza mengesahkan spekulasi peminat sebelum ini mengenai penghasilan album terbaharunya kelak.

Selesai Jalani Rakaman 

Menariknya mengenai album ini, buat pertama kalinya Siti bakal menyanyikan semula lagu-lagu klasik kanak-kanak yang pernah didengarinya ketika masih kecil dahulu. Menerusi sebuah hantaran Siti di laman Instagram, Siti mendedahkan baru sahaja selesai menjalani rakaman album tersebut yang memakan masa selama tiga hari.

“Alhamdullillah, selesai rakaman hari ke-3 dan hari terakhir album kanak-kanak sebagai satu usaha saya memartabatkan lagu-lagu klasik zaman saya kecil dahulu.

“Sebagai seorang penyanyi dan ibu, ini adalah salah satu usaha kecil saya untuk memartabatkan lagu kanak-kanak klasik pada era alaf baru ini”

Syukur, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan album ini” tulis Siti

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Lancar Album Minggu Hadapan? 

Dalam perkembangan lain, Murai.my menerima undangan media ke sebuah majlis di Cyberjaya pada 18 Mac 2021. Tidak pasti apakah intipati acara tersebut, namun berdasarkan kad undangan yang diterima kelihatan wajah Siti bersama puteri tercinta, Siti Aafiyah Khalid.

Adakah Siti bakal melancarkan album tersebut pada minggu hadapan atau bakal mengumumkan nama anaknya mahupun terbabit projek baharu? Sama-sama kita nantikan!

Error happened.
"Lagi Lama Tenung Lagi Nampak"- Wajah Siti Nurhaliza Dikatakan Mirip Penyanyi Amerika Ini
Album kanak-kanak Siti NurhalizaDato Sri Siti Nurhalizasiti nurhaliza
https://lomp.at/ielir
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara