Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Nuha Bahrin Muncul Dengan Single Pertama Selepas Pernah Dikecam

by Khai Azfar
March 17, 2021
Share on Facebook

Pendatang baharu dalam industri muzik, Nuha Bahrin kini tampil dengan single pertama nya berjudul XSEMPURNA sejak 5 Mac 2021.

Lagu Mengenai Nuha 

Nuha sebelum ini pernah tular berikutan dikecam hebat oleh warganet berikutan persembahannya dalam sebuah program realiti dikatakan sumbang. Menariknya mengenai lagu ini secara keseluruhanya ia memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh Nuha menerusi insiden tersebut.

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.”

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya” kata Nuha

Namun bagi Ezra Kong, selaku komposer lagu ini dia melihat bakat Nuha lalu menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai bakal membuat para pendengar jatuh cinta dengannya.

Manakala dalam susunan plot cerita di dalam muzik video XSEMPURNA adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi Nuha.

“Proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula. Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 pagi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu” tambah Nuha lagi.

Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia dan Nuha juga akan bakal mengeluarkan Album Zikir bersama artis-artis Beegood Music sempena Bulan Ramadhan yang akan datang.

YouTube video

Error happened.
Nuha Bahrin
https://lomp.at/i98zb
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara