Rosé kini mempunyai saluran Youtube peribadi sendiri! Dan sewaktu artikel ini ditulis, saluran Youtube Rosé sudah mempunyai seramai 267 ribu subscribers.
Pada hari ini, Rosé Blackpink telah berkongsi Interview Film sebagai video pertama dalam saluran Youtubenya.
Video tersebut merangkumi pelbagai footage Rosé selama bertahun-tahun. Antaranya adalah klip semasa beliau masih kanak-kanak, menjalankan aktiviti Blackpink, membuat persiapan album solonya, dan banyak lagi.
Melalui video temubual yang sama, Rosé bercerita mengenai pelbagai aspek kehidupan termasuk sewaktu beliau masih kecil, pandangan mengenai muzik, impiannya, dan juga debut solo.
Jangan lupa tonton!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.