Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sudah Berkahwin? Elizabeth Tan Mohon Maaf, Dedah Perkara Sebenar

by Khai Azfar
March 22, 2021
116
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, hangat memperkatakan mengenai penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang dikatakan sudah berkahwin selepas beberapa keping foto nya tular di media sosial.

Bapa Kongsi Gambar 

Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, kelihatan cantik memakai sepersalinan rona berwarna putih bersama seorang lelaki dipercayai suaminya, berdiri di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.Menguatkan lagi spekulasi tersebut, foto tersebut turut dimuatnaik oleh bapanya David Tan Suan Chew yang menulis kapsyen merujuk kepada Lizzy.

“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.

Mengaku Sudah Berkahwin 

Terbaru, pihak Murai.my menerima kenyataan rasmi daripada Lizzy yang dikirimkan menerusi pihak pengurusannya.

Akui pelantun Beku ini, gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan dirinya sudah berkahwin adalah benar. Jelas Lizzy, dia sememangnya berniat untuk berkongsi kepada peminat apabila tiba masanya memandangkan majlis yang diadakan hanya untuk jemputan keluarga dan teman rapatnya sahaja.

“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready. Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja”

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja’ dedahnya lagi.

Di kesempatan itu, Lizzy turut memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak menjemput dan mendedahkan perkara yang sebenar lebih awal kerana menyifatkan perkahwinan adalah satu perkara yang sangat peribadi buatnya.

“Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy” tambahnya

Terdahulu pada awal Januari, nama Elizabeth Tan menjadi bualan peminat apabila dia dikatakan sudah berkahwin setelah beberapa foto penyanyi ini dalam busana pengantin tersebar di media sosial. Namun, jelasnya foto tersebut hanya sekadar untuk mempromosikan muzik video lagu baharunya.

Elizabeth Tan Menangis Syukur Didoakan Hamil oleh Lelaki Muslim Selepas Solat di Masjid Putrajaya
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Elizabeth TanElizabeth Tan kahwin
https://lomp.at/4qhla
Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem