Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Ramai Sayang Mu Non” – Mila Jirin Terkejut, Mahu Nonny Nadirah Kembali Ke Pangkal Jalan

by Khai Azfar
March 26, 2021
166
KONGSIAN
Share on Facebook

Hantaran pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah di laman Instagram nya ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk rakan selebriti dan pihak media.

Wanita Seksi Di Instagram Nonny Cetus Persoalan

Menerusi carian Murai.my, semua hantaran Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, sebelum ini telah pun dipadam sebelum berkongsi sekeping foto seorang wanita berimej seksi malam tadi. Bersama hantaran tersebut turut tertera kapsyen “It’s good to be back.” (Rasa bagus untuk kembali).

Mila Akui Nonny Sudah Berubah

Dalam pada itu, penyanyi Mila Jirin akui bahawa wanita di dalam hantaran Nonny itu merupakan sahabat baiknya. Dedah Mila dia sememangnya berasa sedih dan terkejut dengan penampilan terbaharu Nonny yang mengundang pelbagai persoalan.

Susulan daripada itu, pelantun Aku Lebih Tahu ini telah menghubungi Nonny dan menitipkan nasihat buatnya.

https://www.instagram.com/p/CM3HyVnAZjI/

Meninjau hantaran Mila di laman Instagram pula, dia mengimbau kembali kenangan bersama Nonny ketika mereka berada di Mekah sebelum ini.

“Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu (kamu) cantik bertudung. Ku mohon pada Allah agar mu kekal bertudung. Alhamdulillah bila mu buat keputusan berhijrah, ku antara hamba Allah yang paling seronok.

“Tapi Non (panggilan untuk Nonny), semalam aku menggigil lihat IG mu. Ku hubungi mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap. Ku sedih Non.

“Non, ku mohon jangan buat perkara bercanggah dari perintah Allah. Non, ku mohon jangan sia-siakan hidayah dihadiahkan Allah. Ku mohon, lawan godaan syaitan. Ramai sayang mu Non,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CM3ix3frfI1/

Pesan empunya nama penuh Norsyarmilla binti Jirin ini buat Nonny, sekiranya dia masih menyayangi persahabatan mereka termasuk antara penyanyi Nur Heliza Helmi, Mila meminta agar jangan dipersiakan hidayah diberikan Allah SWT padanya selama ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mila jirinMila Jirin Nonny Nadirahnonny nadirahNonny Nadirah SeksiNonny Nadirah Tidak Bertudung
https://lomp.at/wh4n5
Share66Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem