Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Kami Tak Marah Siti Pun”- Peminat Mahu Siti Nurhaliza Fahami Situasi Sebenar

by Khai Azfar
April 8, 2021
142
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza hangat diperkatakan oleh peminat di media sosial.

Siti Dakwa Ada Pihak Menyamar 

Ini berikutan Siti mendakwa terdapat beberapa pihak menyamar sebagai peminatnya untuk mensensasikan beberapa isu. Seperti yang dipetik dari laporan Getaran, ujar Siti dia terpaksa campur tangan dan menegur sikap pihak terbabit menerusi ciapannya baru-baru ini.

“Sebagai seorang artis yang ada peminat sendiri, ada masanya saya perlu mengingatkan mereka dengan cara yang tidak kasar.

Mereka bukanlah peminat pun, ada yang mengatakan mereka siti zoners saya tapi sebenarnya mereka ambil peluang itu untuk menghangatkan sesuatu keadaan. Jadi teguran itu saya keluarkan supaya mereka faham.

Tapi untuk peminat saya, setakat ini memang saya ada ruang sendiri untuk bercakap dengan mereka.

Ruang itulah yang saya gunakan sebaiknya untuk menghargai dan menegur dengan bahasa yang baik. Dalam teguran pun ada adabnya. Peminat saya juga faham dengan cara saya bekerja,” katanya kepada portal tersebut

Dato’ Sri Siti Nurhaliza mendakwa ada beberapa pihak menyamar sebagai peminatnya untuk mensensasikan beberapa isu. pic.twitter.com/Q4khBoTDrp

— Wafa Awla (@wafa_awla) April 7, 2021

Peminat Kecewa 

Dalam perkembangan berkaitan, segelintir peminat Siti meluahkan rasa kecewa kerana beranggapan pihak pengurusan penyanyi itu seolah-olah tidak dapat menerima teguran yang berasas daripada mereka.

Ujar salah seorang peminat Siti, mereka tidak menyalahkan penyanyi kesayangan ramai itu sebaliknya mahu pihak pengurusan memikirkan sesuatu yang lebih baik demi karier Siti mendatang.

“Kami tak marah Siti pun…cuma @CTNurhaliza11 kembalilah ke twitter and tgk the real issue yg berlaku dan kembali engage dan aktif di twitter. Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin dan ambil waktu berpantang ini utk baiki apa yg kurang dan fikirkan idea yg lebih baik” ciap salah seorang peminat Siti

Sebagai info, Siti telah bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menghasilkan wafer emas edisi Dato’ Sri Siti Nurhaliza sempena dengan ulangtahun ke-25 penyanyi ini di dalam industri. Difahamkan, ini adalah majlis terakhir yang dihadiri Siti sebelum bercuti panjang memfokuskan kandungan keduanya yang dijangka bersalin pada awal Ramadan.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Rakam Afwa Main Go Kart, Raih Perhatian Ramai!-"Pro Betul Bawa Kereta"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Peminat Siti Nurhalizasiti nurhalizaSitizoners
https://lomp.at/840vw
Share57Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem