[REVIEW] Lagu Gedik Secomel Penyanyinya, BaelOn

“Saya cuma pengguna Tik Tok yang suka berkarya dan cuba benda baharu untuk kekal relevan serta diterima masyarakat. Lagu Gedik adalah lagu rasmi pertama. Saya berharap orang dapat menerima karya-karya akan datang dengan baik. Saya berazam mahu terus hiburkan masyarakat kala mereka tengah bosan dan sedih. Saya nak orang gembira, cukup,” - Bael0n

Mesti Baca

Secomel nama penyanyinya, BaelOn single pertama pendatang baharu dalam industri ini berjudul Gedik begitu senang di hati.

‘Mudah Melekat’

Melihatkan pada dirinya yang periang dan ritma lagu ini pula dimainkan rancak, sesekali terbit senyuman pada bibir penulis ketika mendengarkannya. Buat pengguna TikTok sudah pasti mengenali dengan BaelOn yang menarik perhatian ramai dengan kelincahannnya.

Inspirasi Cek Mek Molek

Mengambil inspirasi dari lagu ironik Cek Mek Molek nyanyian Datuk M Daud Kilau sebagai inspirasi utama, Gedik dari BaelOn telah memberi nafas baharu buat lagu ini sesuai dengan karakter nya. Ketika memainkan lagu ini di laman YouTube, pada mulanya penulis menyangka ia merupakan ‘demo’ version kerana hanya sekadar berdurasi 1 minit.

Namun setelah mendapat siaran media dari pihak pengurusannya, ternyata telahan tadi tidak benar kerana Gedik sememangnya berdurasi sedemikian mengikut kesesuaian aplikasi TikTok. Terbit di hati sedikit kecewa kerana penulis berasakan lagu ini mampu pergi jauh apatah lagi genre seperti ini sedang ‘panas’ di kebanyakan pelantar digital. Harapan penulis buat BaelON agar dapat menghasilkan lebih banyak lagi lagu seumpama ini kerana percaya dengan karakter jujurnya sudah pasti penyanyi ini mampu menempatkan nama di dalam industri.

Sedikit info mengenai Gedik, lirik telah dihasilkan sendiri oleh Bael0n yang mempunyai lebih dari 48,000 pengikut di Tik Tok dan pernah ditampilkan dalam kempen It Starts on Tik Tok.  Manakala, koreografi nya direka oleh Daniel. BaelOn kini bernaung di bawah Sony Music sebagai penyanyi syarikat rakaman terkenal itu.

‘Gedik’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan