Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kongsi Foto Berpegangan Tangan, Rakan Selebriti Mahu Syafiq Kyle & Mimi Lana Segera Kahwin!

by Khai Azfar
April 9, 2021
Share on Facebook

Perkongsian foto mesra pelakon Mimi Lana di laman Instagram nya menarik perhatian peminat dan rakan-rakan selebriti untuk membanjiri ruangan komen dengan pelbagai ucapan.

Saling Berpegangan Tangan

Dalam foto tersebut kelihatan Mimi dan Syafiq Kyle berpegang tangan di dalam sebuah kenderaan bersama kapsyen yang romantis sekaligus menggambarkan status hubungan mereka terkini.

“Awak telah menyentuh saya tanpa perlu menyentuh saya” tulis Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin.

Dilamun Cinta 

Sementara itu, menjengah ke IG Stories Mimi dan Syafiq kedua-duanya kelihatan saling berkongsi hantaran yang sama(foto di laman Instagram Mimi) diiringi lagu Japanese Denim nyanyian Daniel Caesar. Dalam posting berkenaan juga, Mimi turut mmenulis beberapa keratan bait lirik tersebut sebelum dibalas Syafiq dengan emoji ‘Love’.

“I’m so in love, so in love. There’s no one above up above. Forever’s a long time, yes..” tulisnya

Rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Azira Syafinaz, Fazura, Nad Zainal serta ramai lagi meninggalkan komen emoji ‘love’ selain mengharapkan agar pasangan selebriti ini segera mendirikan rumahtangga.

Sebagai info, terdahulu sekitar Jun 2020, kedua-dua pelakon ini mengambil keputusan untuk berpisah setelah lima tahun menjalin ikatan cinta berikutan akui sudah lagi tiada persefahaman antara mereka. Bagaimanapun, Syafiq dan Mimi dilaporkan kembali bercinta pada penghujung 2020.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Syafiq Kyle Mimi Lana
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara