Penyanyi Sasha Saidin baru-baru ini telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama usahawan, Sirhan Wahab dalam sebuah majlis serba sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Sasha Pindah Ke UAE 

Dalam pada itu, Sasha turut memaklumkan akan berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu. Biarpun gembira dengan keputusan tersebut, namun dalam masa yang sama-sama keluarga dan rakan terdekat turut berasa sedih terutama buat rakan-rakan seperjuangannya di dalam Elite seperti Linda Rafar, Azza dan Watie Sadali.

IKLAN

Linda Sedih Bakal Berpisah Dengan Sasha 

Menerusi laman Instagram nya, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Binti Rafar berkongsi rasa sedih dan kenangannya bersama Sasha sepanjang persahabatan mereka . Menurut Linda, rakan baiknya itu begitu banyak memberi sokongan dan bantuan selama ini. Tambahnya, dia sama sekali tidak akan melupakan pengorbanan Sasha dan akan merinduinya kelak.

“Sha… im crying non stop! i tak sedar rupanya this time you betul-betul tinggalkan i😩.. sha, i takkan lupa semua jasa baik you sejak zaman elite masa kita pergi Australia bersama, zaman kita mula mengenal dunia you sentiasa ada dengan Linda.. you je yang panggil i baby gurl”

Dalam perkembangan lain, Linda bakal melancarkan tudung jenamanya sendiri, LRHIJAB dalam masa terdekat.

View this post on Instagram

Sempena Bday linda yg akan dtg.. linda nak bagi hadiah pada followers yg sgt2 bertuah pada 11/2/2020!! Linda just perlukan anda untuk Follow ig @lrhijab Copy paste caption dan post Banyak2 dekat ig anda ..Followers paling banyak posting dlm ig n copy paste caption @lrhijab akan mendapat treatment secara percuma daripada @acuhealingkl dan mendapat hadiah shawl pleated drp @lrhijab .. Haaa senang tak?? so tunggu apa lagi? jgn lambat sebab pemenang bertuah akan dpt jumpa linda n berselfie pada majlis Pelancaran @lrhijab pada 11/2/220 .. Jom kita mulakan 🎬📹📸 Kenapa anda harus memiliki sekurang-kurangnyaa satu design exclusive daripada LRHIJAB??? Ya sudah semestinyaaa Kelebihan yang ada pada LRHIJAB by lindarafar adalah Design cutting yang di reka khas oleh idea linda sendiri selain mengunakan high material serta harga mampu milik khas untuk followers tersayang ini laa impian linda ingin menghasilkan jenama sendiri setaraf dengan jenama2 lain yang sudah ada di sekarang ini.. selama 30 tahun linda berada di dalam bidang seni akhirnyaa impian linda pada tahun 2020 menjadi kenyataan🤲🏻 @LRHIJAB —— first baby untuk Tudung terbaru linda hadiah utk semua followers linda😘…ini laa darah seni yg mengalir drp family rafar yang minat dlm bidang perniagaan serta ingin membantu anda di luar sana utk sama2 mencari rezeki dgn menjual @lrhijab ..moga allah permudahkan segala urusan linda utk membawa LRHIJAB setanding dgn jenama-jenama hebat di Malaysia,brunei,singopore n indonesia… Doa drp semua followers amat la di hargai.. tanpa anda Linda dan LRHIJAB tidak mungkin ada di sini😘 Selamat tahun baru 2020 @lrhijab Pintu segalanyaaa..💞 #LRHijab #LindaRafarHijab #LindaRafar #Malaysia #Tudung #Shawl #bawal #Square #Hijab #Hijabista #Hijabi #Muslimah #Scarves #Scarf #KL #My #lindarafarisback #lrxacuhealing #lindarafaratwork #lindarafarsharing 🎥📷📹📸

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Kongsi Linda, rekaan tudung ini merupakan idea penyanyi ini sendiri selain menyifatkan ianya merupakan impian Linda sepanjang 30 tahun berada dalam industri hiburan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN

Komen Anda