Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Alamak! Tunku Azizah Padam Akaun Instagram Selepas Komen “Dengki Ke?”

by Khai Azfar
April 20, 2021
Share on Facebook

Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam tadi bertindak menyahaktifkan akaun peribadi Instagram selepas komen Baginda terhadap sebuah pertanyaan dikemukakan oleh seorang pengguna, dikecam hebat oleh warganet.

Komen “Dengki Ke?” Trending Di Twitter 

Dalam tangkap layar hantaran terakhir Tunku Azizah di laman Instagram mengenai memasak hidangan popular tempatan seperti bubur lambuk di dapur Istana, terdapat seseorang menyoal sama ada tukang masak Istana turut mendapat suntikan vaksin.

Namun begitu, Baginda membalas dengan jawapan “Dengki ke?” sebelum ia tular di media sosial dengan pelbagai persoalan.

Aktif Di Instagram Semula

Terbaru, menerusi carian Murai.my mendapati akaun Instagram Baginda kembali aktif dengan sebuah hantaran terbaharu.  Dalam hantaran tersebut, tertera sebuah frasa nasihat seolah-olah menunjukkan situasi kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Tunku Azizah mengharapkan agar Baginda terus tabah selain terus berkongsi rutin harian di laman Instagram untuk tatapan rakyat jelata.

Sebelum ini, turut tular di media sosial mengenai sebuah dakwaan media luar negara mengaitkan keluarga diraja menerima vaksin Covid-19 jenis Sinopharm, yang belum diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara ketika berada di Emiriah Arab Bersatu.

Memetik laporan The Vibes, dalam dakwaan tersebut turut mengatakan 2,000 dos tambahan diberikan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mendakwa ia adalah fitnah semata-mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dengki Ke?tunku azizahTunku Azizah Dengki Ke?
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara