Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Dilabel Penyanyi Wanita Berpengaruh, Aina Abdul Mahu Sentiasa ‘Down To Earth’

by Khai Azfar
April 20, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul berkata dia enggan mendabik dada tatkala menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah kebelakangan ini.

Peminat Label Aina Sebagai Penyanyi Wanita Berpengaruh 

Ini termasuklah gelaran antara penyanyi wanita berpengaruh bagi tahun 2020 dan 2021 yang disifatkan oleh peminatnya selepas melihat nama Aina meniti pelbagai kejayaan penangan ‘comeback’ nya menerusi lagu Sumpah.

Menurut Aina kepada Murai.my, dia berasa terharu apabila diberikan pelbagai penghargaan. Namun jelas Aina, dia lebih selesa jika dikenali sebagai figura yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu serta bukanlah mengharapkan penghargaan semata-mata.

“Saya rasa gembira dan terharu seandainya ada pihak yang melabelkan saya sedemikian (penyanyi wanita berpengaruh) sebab saya baru sahaja dikenali ramai”

“Terima kasih yang memberikan saya pelbagai penghargaan tetapi saya tak rasa saya macam itu. Saya sendiri pun tak berani nak anggap diri saya sebagai artis. Setiap kali saya nak perkenalkan diri saya, saya akan cakap ‘Aina Abdul, penyanyi dan pembuat lagu’.”

“Saya rasa kalau dilabelkan sebagai artis mungkin orang tak akan faham dari segi kerja nya. Tapi kalau macam penyanyi dan penulis lagu orang mungkin akan lebih faham” katanya

Sepi Hampir 1 Juta Tontonan 

Ketika ditanya mengenai sambutan tiga lagu baharunya termasuk sebuah lagu raya berjudul Syukur Lebaran dan Sepi di dalam versi Korea, Aina gembira kerana rata-rata peminat menerima dengan baik ketiga-tiga lagu berkenaan.

Topik Berkaitan Elak Berlaku Persaingan Dalam Rumah Tangga, Aina Abdul Idam Calon Suami Luar Industri Seni
Youtube video

Dedah Aina lagi, video muzik Sepi versi asal kini menghampiri 1 juta tontonan dalam masa 2 bulan di laman YouTube sekaligus menjadi antara lagunya yang paling pantas mendapat capaian berkenaan.

“Saya gembira apabila ramai menerima baik lagu-lagu saya. Semua orang tahu macam mana saya nak menapakkan diri di dalam industri. Kadang-kadang ada juga orang yang cakap kenapa susah Aina nak dapatkan jutaan penonton dalam sesebuah karya”

“Bagi mereka itu mudah sebab mereka melihat pencapaian artis lain. Sebab itu saya tidak suka perbandingan. Artis lain mempunyai perjalanan mereka dan saya sendiri mempunyai perjalanan sendiri. Bagi saya, untuk dapatkan jutaan penonton sebenarnya merupakan tugas yang agak sukar .Bila saya dah capai 1 juta penonton dengan mempunyai pasukan dan kelab peminat saya yang kecil dan tak ramai pun, saya anggap ia sebagai satu pencapaian yang cukup bermakna dan gembira” dedahnya lagi

Aina ditemui Murai.my di Restoran Majapahit, Mont Kiara Kuala Lumpur bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa dan kenduri kesyukuran Aina Abdul bersama media. Dalam temubual ini, Aina turut mendedahkan akan tampil dengan sebuah lagi lagu baharu hasil gabungan bersama penulis lirik terkenal, Farouk Roman tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdul
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
pu riz, anjing, haris ismail
Spotlight

Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

by Nurul A.
September 11, 2026

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara