Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Cukup Dengan Kosmetik, Zoey Rahman Kini Lancar Brownies & Dendeng

Dalam pada itu, Zoey turut berkolaborasi bersama sahabatnya Firdaus Feeq dengan menghasilkan dendeng bakar yang unik.

by Khai Azfar
April 22, 2021
Share on Facebook

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman terus mencipta nama dalam pelbagai bidang. Setelah kosmetik di bawah jenama mikaseries mendapat tempat di pasaran tempatan,kini Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar ,36 mengembangkan perniagaannya ke bidang makanan dan minuman (F&B).

View this post on Instagram

A post shared by Zoey Rahman (@zoeyrahman)

Jual Brownies Pula

Mengambil keberkatan Ramadan,di bawah jenama mikabitee Zoey melancarkan Nutella Brownies Premium Dark Chocolate yang kini sudah dijual di atas platform atas talian Shopee. Serentak dengan pelancarannya, Zoey turut mempelawa orang ramai untuk menjadi agen jualan produk ini sebagai sumber pendapatan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Perkenal Dendeng Unik

Dalam pada itu, Zoey turut berkolaborasi bersama sahabatnya Feeq dengan menghasilkan dendeng bakar yang unik.  Menurut Feeq ketika dihubungi Murai.my, Dendeng Bakar sebelum ini dikenali sebagai Dendeng Bak Kwa dan merupakan resipi tradisi keluarganya.

Mengenai kolaborasi bersama Zoey, Feeq atau juga dikenali sebagai Firdaus Feeq berkata ia adalah satu penghormatan di mana selebriti itu sudi menjadi rakan kongsinya. Bukan sahaja ianya dapat menaikkan jenama Dendeng Bakar malah Zoey turut membantu memberikan idea-idea baru demi memastikan produk mereka berkualiti dan nampak lebih professional.

“Semasa proses R&D, saya berikan Dendeng Bakar kepada Zoey untuk dicuba dan untuk mendapatkan feedback. Kemudian, kami perbaiki produk kualiti Dendeng Bakar dan juga brand image supaya ianya lebih nampak professional dan menepati citarasa orang Melayu”

“Zoey banyak berdiri di belakang tabir sebelum ini kerana kami inginkan Dendeng Bakar ini diterima ramai kerana rasa dan kualitinya dan bukan kerana Zoey seorang artis. Selepas kejayaan menjual lebih dari 2 ribu pack pada bulan pertama pengenalannya, barulah kami memilih untuk meletakkan Zoey sebagai muka hadapan Dendeng Bakar dan alhamdulillah kini tidak sampai 3 bulan, kami dapat membuka sebuah kilang untuk kami proses Dendeng Bakar” katanya

Menyifatkan selebriti itu sebagai seorang yang berdedikasi dan peramah, Feeq  turut mengharapkan Dendeng Bakar ini akan lebih dikenali dan boleh diterima oleh masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu .

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
zoey rahman
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
pu riz, anjing, haris ismail
Spotlight

Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

by Nurul A.
September 11, 2026

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara