Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Akim Ahmad Ucap Selamat Tinggal Pada Akim & The Majistret?

Lima tahun mencipta magis bersama kumpulan ATM, Akim akui kini kembali bergerak solo

by Khai Azfar
April 23, 2021
162
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer terkenal, Akim Ahmad dikatakan kononnya telah meninggalkan kumpulannnya, Akim & The Majistret (ATM) selepas muncul solo dengan lagu terbaharunya berjudul Bayang.

Tidak Akan Tinggalkan ATM 

Lima tahun mencipta magis bersama kumpulan ATM, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad,30 akui kini kembali bergerak solo.Bagaimanapun, ia tidak bermakna Akim,terus meninggalkan kumpulan itu.

Sebaliknya, Akim yang terlebih dahulu mencipta nama sebagai seorang penyanyi solo selepas memenangi tempat ketiga dalam program realiti ‘Akademi Fantasia’ musim ketujuh pada tahun 2009 hanya terbabit dalam sebuah projek lagu atau single solo.

Tampil Sisi Berbeza Akim

Lagu berjudul “Bayang” hasil ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Hang Nadim, Bunga Cantik dan Arisz Ab Rahman itu memberi nafas baharu kepada muzik Akim sekali gus menampilkan sisi berbeza Akim sepanjang 12 tahun pembabitannya sebagai anak seni.

Menurut Akim, “Bayang” adalah lagu yang cukup istimewa kerana ia adalah hasil cetusan idea dia bersama isteri tercinta juga penyanyi terkenal, Stacy.

“Lagu Bayang ini sangat berbeza dengan single saya sebelum ini. Ia boleh disifatkan evolusi saya sebagai seorang penyanyi. Dari segi bunyi dan muzik, ia juga berbeza dengan ATM. Muzik Bayang lebih mengenengahkan instrumen elektronik. Malah, ia sangat istimewa kerana merupakan hasil cetusan idea saya bersama dengan Stacy.

“Disebabkan lagu Bayang ini adalah projek solo, saya mahukan sesuatu yang baharu. Sebelum ini, saya pernah bergerak solo. Tapi kali ini saya nak tunjukkan sisi berbeza pula. Setelah lima tahun bersama ATM, mungkin peminat juga ingin melihat saya kembali sebagai Akim Ahmad, penyanyi solo.

“Jadi, inilah buah tangan terbaru untuk peminat yang rindukan Akim Ahmad. Dalam erti kata lain, lagu Bayang ini satu lagi evolusi muzik dan kerjaya saya,” katanya kepada edaran Murai.my

Dedah Akim, lagu Bayang sudah lebih setahun disimpan sebelum dirakam dan seterusnya dilancarkan sebagai sebuah single solo.

“Lagu Bayang ini sudah ada dalam simpanan saya sejak setahun lalu iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama lagi. Stacy yang mendengar lagu ini mencadangkan kepada saya untuk merakamkan lagu ini. Tapi, saya cakap nanti dulu.

“Stacy cakap lagu ini sangat sesuai dengan saya. Tapi, ketika itu saya belum dapat tangkap lagi melodi dan muzik lagu ini.

“Tidak sangka kebetulan ada projek terbaru daripada Nova Music yang memerlukan saya untuk merakam sebuah lagu secara solo. Lagu yang sesuai pun dah ada jadi saya ambil keputusan untuk terus merakam lagu Bayang. Ketika proses rakaman, Stacy yang menjaga vokal saya. Itu yang saya cakap, lagu ini antara kerjasama istimewa kami. Ada ‘sentimental value’”, katanya lagi

Jadi OST Sabarlah Duhai Hati

Menariknya, lagu “Bayang” dipilih menjadi satu daripada lagu tema utama drama bersiri ‘Sabarlah Duhai Hati’ terbitan Suhan Movies & Trading yang bakal ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat di slot Akasia TV3 bermula hari ini.

“Lagu ini berkenaan kehidupan seharian kita di mana semua orang sentiasa hidup dengan bayang. Jadi kena sentiasa mengadu dengan pencipta kita. Apabila dalam keadaan gembira, sedih atau apa saja, kena sentiasa mengadu kepada pencipta. Selagi ada bayang, kena sentiasa jalankan tanggungjawab. Pendek kata, lagu ini memberi kekuatan untuk hidup,” katanya.

“Satu kelebihan buat lagu Bayang ini apabila ia dipilh untuk dimainkan pada ‘opening credits’ dan ‘ending credits’ drama itu. Malah, lirik lagu juga ditulis berdasarkan sinopsis drama itu,” kongsi Akim

Ketika ditanya mengenai ATM, Akim berkata dia dan kumpulan itu akan terus aktif dan menafikan akan berehat daripada industri.

“ATM masih ada. Sekarang ini, kami dalam perancangan untuk mengumpul material bagi projek album. Perlukan waktu untuk cari material yang berkualiti. Tiada istilah ATM berhenti seketika. Baik saya muncul secara solo mahu pun bersama ATM, semua kena jalan,” jelas Akim

Lagu “Bayang” kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan YouTube Music.

Konsert Solo Mega Stacy Bakal Gegar Kota Kinabalu! Satu Konsert, Seribu Kreativiti

YouTube video

akim & the majistretAkim Ahmad
https://lomp.at/h8whv
Share65Tweet41SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem