Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[VIDEO] Trailer Filem ‘The Conjuring 3’ Dah Keluar, Lihat Kes Mistik Apa Kali Ini!

Vera Farmiga dan Patrick Wilson kembali memegang watak sebagai pasangan psikik Lorraine dan Ed Warren.

by Phic ARMAN
April 23, 2021
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Warner Bros telah bersiap sedia untuk melancarkan siri filem terbarunya The Conjuring 3. Trailer pertama untuk filem ini telah dirilis. The Conjuring 3 atau The Conjuring The Devil Made Me Do It mengadaptasi kembali pengalaman pasangan psikik Ed dan Lorraine Warren.

YouTube video

Kedua-dua kali ini berhadapan dengan kes pembunuhan yang didakwa sebagai kes jenayah paling pelik di mahkamah AS.

Seorang pemuda bernama Arne Cheyenne Johnson telah didakwa atas tuduhan membunuh. Tetapi Johnson mengatakan dia tidak pernah ingat pernah melakukan perbuatan keji ini.

Arne Cheyenne Johnson

Kes itu mengejutkan AS pada tahun 1981 . Peristiwa itu ditayang dalam Discovery Channel, di mana kes itu juga berkaitan dengan keluarga Glatzel yang mendakwan anak lelakinya dipukau selepas membersihkan sebuah rumah yang akan mereka tempati. Arne Cheyenne Johnson berurusan dengan syaitan yang ada di dalam dirinya. Ini berlaku setelah dia berusaha menolong anak keluarga Glatzel melepaskan diri dari syaitan yang merasuk dalam dirinya.

Dalam trailer itu, sebuah pemandangan terbuka menunjukkan Johnson melangkah ke jalan dengan tangan dan pakaiannya berlumuran darah. Ketika seorang polis menghampirinya, dia mengakui bahawa dia tidak ingat apa-apa.

James Wan menghasilkan filem ini namun dia tidak kembali sebagai pengarah, memandangkan dia terikat untuk bekerja dengan projek filem lain.

The Conjuring 3 diarahkan oleh Michael Chaves, pengarah untuk filem seram The Curse of La Llorona. The Conjuring 3 dijadualkan tayang pada 4 Jun 2021 setelah filem ini mengalami kelewatan yang sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu.

Vera Farmiga dan Patrick Wilson kembali memegang watak sebagai pasangan psikik Lorraine dan Ed Warren.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
James WanThe Conjuring
https://lomp.at/c7o0v
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem