Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Iman Troye Diserang Peminat K-Pop Gara-Gara Komen Mengenai Jerawat

Iman turut terkejut dan sedih kerana menerima kecaman yang melampau berkaitan isu berkenaan.

by Khai Azfar
April 26, 2021
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama penyanyi remaja popular, Iman Troye di laman Twitter ketika ini trending berikutan dikecam oleh peminat-peminat Korea (K-Pop).

Komen Mengenai Jerawat

Difahamkan, kecaman tersebut berlaku selepas Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin,18 meninggalkan komen terhadap sebuah hantaran portal Mstar Online mengenai rahsia ahli kumpulan NCT,Jaehyun miliki wajah bersih tanpa jerawat.

Dalam komennya itu, peminat mendakwa Iman beranggapan biarpun seseorang individu itu melakukan pembedahan plastik, mereka akan tetap mempunyai jerawat yang ‘tumbuh’ di wajah. Biarpun tidak menyatakan mana-mana individu, namun peminat K-Pop percaya bahawa komen tersebut ditujukan buat Jaehyun.

Teruk Dikecam

Susulan daripada itu,peminat tegar K-Pop bertindak mengecam pelantun Teman ini dengan menyifatkan bahawa dia tidak sensitif akan komen tersebt selain membuat tuduhan melulu dengan melabelkan wajah kebanyakan selebriti Korea termasuk Jaehyun mempunyai wajah sedemikian kerana membuat pembedahan plastik.

Disebalik kecaman tersebut, segelintir daripada warganet bertindak mempertahankan komen Iman dengan menganggap penyanyi itu hanya menulis berdasarkan fakta dan bukanlah bersifat ingin merendahkan mana-mana selebriti.

Iman Mohon Maaf, Dakwa Hanya Salah Faham

Menerusi carian Murai.my, Iman turut menjelaskan mengenai apa yang berlaku di Insta-story miliknya. Jelas Iman, apa yang berlaku merupakan fitnah dan salah faham semata-mata. Menurut Iman, dia sama sekali tidak menuduh selebriti Korea membuat pembedahan plastik, sebaliknya ingin menulis sekiranya selebriti itu masih mempunyai jerawat ia bermakna mereka tidak melakukan rawatan kosmetik tersebut.

Memohon maaf atas kekeliruan yang terjadi, Iman turut terkejut dan sedih kerana menerima kecaman yang melampau berkaitan isu berkenaan.

Di kesempatan itu, Iman turut berkata dia juga merupakan peminat K-Pop dan akui sudah memadam komen berkenaan.

https://lomp.at/u3hrd
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem