Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gara-Gara ‘Burger’ Neelofa, Fazura Pula Trending Di Twitter

Neelofa telah memadam foto tersebut tidak lama kemudian selepas tular di media sosial.

by Khai Azfar
April 28, 2021
Share on Facebook

Susur masa (timeline) laman Twitter sejak tengahari semalam hangat memperkatakan mengenai selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berikutan dia dan keluarga termasuk suaminya yang juga pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz dikenakan kompaun oleh pihak polis.

Sengaja Perli?

Bagaimanapun, isu tersebut tidak berakhir di situ. Pemilik jenama Naelofar itu dikatakan telah memuatnaik sekeping foto burger di laman Insta-story nya beserta kapsyen “moreh burger malam ni meh”. Rata-rata pengguna media sosial berasa marah dan kecewa dengan tindakan Neelofa yang kononnya seperti menyindir isu seorang peniaga burger dikompaun oleh pihak berkuasa sebanyak RM50 ribu baru-baru ini.

Menjengah ke ciapan di laman Twitter, kebanyakannya mengecam Neelofa kerana tidak sensitif dengan isu tersebut. Susulan itu, ada diantara mereka mula melancarkan gerakan boikot selain turut berhenti mengikuti selebriti itu di media sosial.

Trending, Netizen Bandingkan Dengan Fazura

Dalam masa yang sama, mereka turut membandingkan Neelofa dengan pelakon terkenal, Nur Fazura yang dilihat mempunyai ‘kelas’ tersendiri biarpun dalam masa yang sama juga bergelar usahawan.

Selain itu, mereka juga memuji sikap Fazura yang tidak mudah melatah biarpun dikaitkan dengan Neelofa secara tiba-tiba. Sebaliknya, mereka turut mengulangkicau dan berkongsi ciapan isteri kepada Fattah Amin itu yang mengidamkan menu lemang dengan ciri-ciri yang diinginkannya.

Salam Darlings! Faz teringin nak order lemang untuk Raya ni. Boleh minta tolong suggest kat mana yang sedap? Faz suka yang lembut and rasa lemak masin macam tu.. hehe 🙂 Thank you in advance darlings ???

— Nur Fazura (@missfazura) April 27, 2021

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan tersebut mendapat lebih dari 7 ribu ulang kicau dan 16 ribu tanda suka.

Topik Berkaitan "Gelaran Awak Kepada Anak Saya, Tak Bermakna Awak Berhak Ke Atas Anak Saya"- Fazura

Nafi Sengaja Perli

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa tampil menjawab tanggapan netizen kononnya dia sengaja memuatnaik foto burger untuk memerli peniaga tersebut. Jelas Neelofa, ramai pihak telah salah sangka mengenai niatnya berkongsi foto berkenaan. Menurutnya, sebelum dia berbuat demikian, peguamnya telah menghubungi peniaga itu termasuk pihak polis kerana ingin membantu menjelaskan kompaun tersebut.

“Ya Allah, ramainya yang salah anggap dan bersangka tidak baik… before I posted the photo, my lawyer has contacted abang burger tu and we have also contacted pihak polis untuk tanyakan details tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah.”- tulisnya di IG Stories

Difahamkan, Neelofa telah memadam foto tersebut tidak lama kemudian selepas ia disensasikan di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fazuraneelofaNeelofa BurgerNeelofa Fazura
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara