Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Neelofa & Keluarga Langgar SOP Aidilfitri Pula, Netizen Mahu Hukuman Penjara Dikenakan

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati atas kontroversi yang sama terjadi pada selebriti ini

by Khai Azfar
May 18, 2021
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia dan keluarga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri.

Keluarga Neelofa Langgar SOP?

Difahamkan, menerusi sebuah video yang dimuatnaik kakaknya yang juga selebriti, Noor Nabila di laman Instagram kelihatan mereka saling bermaafan bersama dengan ahli keluarga yang lain di sebuah kediaman pada 1 Syawal baru-baru ini. Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam tidak lama kemudian sebelum dikongsi oleh pengguna laman Twitter.

https://twitter.com/TheZollonist/status/1394165423822696450

Mahu Hukuman Penjara Diberikan

Susulan itu, rata-rata pengguna di laman tersebut meluahkan rasa tidak puas hati berikutan keluarga selebriti itu didakwa sanggup mengenepikan SOP yang ditetapkan semata-mata untuk beraya bersama. Malah mereka juga mahukan siasatan  telus dijalankan serta hukuman yang lebih berat diberikan buat keluarga selebriti itu memandangkan ia bukanlah kali pertama terjadi.

Sebagai info, berikutan pandemik COVID-19 yang terus berada di tahap yang membimbangkan kerajaan menerusi pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Jun depan.

Terdahulu, Neelofa telah dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan termasuklah mengadakan majlis pernikahan tanpa mematuhi SOP serta dua kesalahan merentas negeri untuk tujuan peribadi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Peminat Teruja Neelofa & Amira Othman Berpelukan-"Masya Allah Wanita Syurga"
langgar sopneelofaNeelofa Langgar SOPNeelofa PU Riz Langgar SOP
https://lomp.at/luldb
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem