Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Anak Saya Bukan Haram” – ‘Durian Kimchi’ Rayu Jangan Fitnah Anak Dalam Kandungan Dengan Kontroversi

Maryam menjelaskan bahawa anak yang dikandungnya itu bukannya 'anak haram'

by Khai Azfar
May 28, 2021
Share on Facebook

Kontroversi personaliti media sosial terkenal, Ryzal ‘Durian Kimchi’ masih hangat diperkatakan biarpun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka termasuklah dari isterinya, Maryam.

Kecaman Melampau! 

Ada sahaja kecaman yang terus dilemparkan buat pasangan suami isteri ini malah bayi di dalam kandungan Maryam turut terpalit dengan isu ini. Menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram, mereka merayu untuk tidak memfitnah bakal anak mereka dengan pelbagai tohmahan tidak berasas.

Bukan Anak Haram

Lebih menyedihkan, Maryam turut menjelaskan bahawa anak yang dikandungnya itu bukannya ‘anak haram’ dan sekali lagi ingin memohon maaf atas apa yang terjadi. Bagaimanapun, Maryam mengharapkan mereka yang terbabit akan berubah fikiran dan akan cuba memaafkannya.

“Dia (Ryzal) asyik membuat permohonan maaf secara seikhlas hati sebanyak mana yang boleh.Dia meminta maaf bukan kerana dia mengharapkan orang ramai akan menerimanya. Dia melakukannya kerana ini merupakan langkah pertama untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama”

“Dia tidak membenarkan saya selesaikan isu ini. Saya tidak malu dengannya, dia boleh jadi seorang yang lebih baik. Dia sedang menunjukkannya sekarang”

“Tolong jangan lagi bercakap buruk mengenai anak saya.Anak saya bukan haram dan tolong jangan serang keluarga saya..Tolong”

“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan kami” tulis Maryam

Dalam pada itu, Ryzal di laman Instagram nya turut memohon perkara yang sama dan meminta jangan melibatkan isteri dan bakal anak mereka yang tidak bersalah. Jelasnya dia akan membuat satu lagi permohonan maaf secara terbuka secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung kelak.

[VIDEO] Telatah Anak Maryam, Rina Dukung Adiknya Buatkan Netizen Teruja

Terdahulu, gara-gara bergurau mengenai pakaian etnik Iban, Ryzal teruk dikecam di media sosial. Ia berikutan Ryzal telah menganggap pakaian Iban yang dipakai oleh isterinya tidak cantik selain menyamakannya seperti kain buruk dan alas meja sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya mereka yang berasal daripada Sarawak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Durian kimchiryzal ibrahim baju ibanRyzal Ibrahim Maryam
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara