Thursday, October 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Pengurus Sosial Media Noor Kartini Tampil Mohon Maaf Selepas Komen Sinis Terhadap Sultan Johor

Zulshafiqah turut mendedahkan bahawa status di tangkap layar tersebut bukanlah ditulis olehnya mahupun Kartini

by Khai Azfar
May 31, 2021
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam tular di media sosial mengenai ibu selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini selepas memuatnaik status sinis di laman Insta-story nya terhadap kenyataan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYM) Sultan Ibrahim Iskandar sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.

Kecuaian Pengurus Media Sosial Kartini

Bagaimanapun, Kartini menerusi hantaran terbaharu menjelaskan bahawa status tersebut berlaku disebabkan
kecuaian salah seorang pekerja yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang tidak sengaja memuatnaik di akaunnya.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (instagram) saya.

“Beliau yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuatnaik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini)” tulisnya

Zulshafiqah Mohon Maaf

Terbaharu, pengurus sosial media Kartini yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram nya.

Dalam hantaran itu, Zulshafiqah memohon maaf terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor dan kerabat diraja Johor serta Kartini dan seluruh ahli keluarganya berikutan tidak sengaja berkongsi tangkap layar tersebut di laman Insta-Story usahawan itu.

Malah Zulshafiqah turut mendedahkan bahawa status di tangkap layar tersebut bukanlah ditulis olehnya mahupun Kartini, sebaliknya diambil dari pihak lain sebelum dikongsi di sosial media untuk rujukan peribadinya.

Pada petang Ahad, tangkap layar yang dimuat naik menggunakan akaun peribadi milik Kartini hangat diperkatakan. Dalam masa yang sama, Kartini juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail bagi menjelaskan perkara sebenar selain sedia untuk memberikan kerjasama sepenuhya kepada pihak polis.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Noor KartiniNoor Kartini Sultan JohorPengurus Sosial Media Noor Kartini
Share23Tweet14SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  2. 2

    Ini Jawapan Kajol Selepas Dikhabarkan Telah Bercerai Dengan Ajay Devgn

  3. 3

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  4. 4

    [VIDEO] Zarina Zainuddin Persoal Kenapa Tidak Romantik, Jawapan Azal Buat Netizen Tersentuh!

  5. 5

    [VIDEO] Pakaian Aaisyah Di Airport Raih Perhatian Ramai!-“Cantik Macam Danielle NewJeans”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes