Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Xue Li Anak Sumpahan, Model Albino Lakar Nama Dalam Dunia Modelling

by Puteri Alia
June 5, 2021
Foto - Instagram @xueli_a

Foto - Instagram @xueli_a

Share on Facebook

Siapa sangka model berusia 16 tahun ini mempunyai kisah yang cukup menyayat hati di sebalik senyuman yang selalu dipamerkannya.

Xue Li kini menempa nama dalam dunia fesyen, dan menjadi model dalam beberapa majalah terkemuka dunia termasuk Vogue Italia ini dianggap sebagai bayi sumpahan di China.

Dalam satu wawancara bersama BBC, Xue Li berkongsi kisah dirinya yang pernah di buang semasa bayi ke rumah anak yatim oleh keluarga kandungnya.

Semuanya kerana gara-gara dirinya dilahirkan sebagai albino, dan di China waktu itu menganggap albino sebagai anak sumpahan.

View this post on Instagram

A post shared by Xueli (@xueli_a)

“Saya di lahirkan di China, pada waktu itu kerajaan menetapkan polisi kelahiran seorang anak bagi setiap keluarga. Kamu bernasib malang jika kamu mempunyai anak albino, sesetengah kanak-kanak seperti saya ditinggalkan keluarga.

Dan ada yang di kunci di rumah, atau jika mereka pergi ke sekolah mereka harus mewarnakan rambut kepada warna hitam.”

Tinggal di rumah anak yatim di China dari bayi sehingga berusia tiga tahun, Xue Li menerima keluarga angkat dari Belanda dan menetap terus di Belanda sehingga hari ini.

Jatuh Cinta Dalam Dunia Modelling

Xue Li menceritakan dirinya mula jatuh cinta dalam dunia modelling semasa dirinya berusia 11 tahun dan sampailah sekarang minatnya itu tidak pernah padam, sebaliknya makin membara dan ingin bawakan perbezaan yang ada pada dirinya adalah satu anugerah.

Foto – Instagram @xueli_a

“Saya jatuh cinta dalam dunia modelling semasa berusia 11 tahun. Ibu saya mempunyai rakan dari Hong Kong yang bekerja sebagai pereka fesyen.

Rakan ibu saya mempunyai seorang anak lelaki yang lahir dengan bibir sumbing dan disebabkan itu, dia ingin menghasilkan pakaian yang cantik untuk anak lelakinya supaya orang ramai tidak terlalu memerhatikan bibir anaknya.

Dari situ rakan ibu saya mengadakan pertujukan fesyen dengan kempen “Kesempurnaan Yang Tidak Sempurna”, dan bertanya kepada saya jika ingin menyertai pertunjukan fesyennya di Hong Kong. Dan ianya merupakan pengalaman yang cukup mengagumkan bagi diri saya.”

Xue Li Lebarkan Sayap Dalam Dunia Modelling

Foto – Instagram @xueli_a

Selepas episod tersebut, Xue Li kemudian terlibat dalam beberapa sesi fotografi dan salah satunya adalah untuk Brock Elbank dan mengambil gambar di studionya di London.

Elbank kemudian memuatnaik sebuah foto Xue Li dan foto tersebut menarik perhatian agensi model Zebedee Talent yang memokuskan kepada individu kurang upaya dalam industri fesyen.

Dan dari situ, bermulalah perjalanan Xue Li sebagai model albino yang memberi inspirasi kepada individu kurang upaya dan senasib dengannya.

Kompilasi Fesyen Xue Li Yang Memukau Jiwa

Bak Puteri Bunian

Foto – Instagram @xueli_a

Albino Anugerah Luar Biasa

Foto – Instagram @xueli_a

Primadona

Foto – Instagram @xueli_a

Puteri Salju

Foto – Instagram @xuali_a

Funky Dan Stailo

Foto – Instagram @xueli_a
[VIDEO] Selepas Kejadian Kajang, Pegawai Imigresen KLIA Pula Diserang Wanita Warga Asing
albinoartistikbelandaChinafesyenmodelxue li
https://lomp.at/9gqsp
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara