Wednesday, February 8, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

7 Lokasi Shooting K-Drama Di Bandar Seongnam, Tak Pernah Tak Ramai Orang!

by Mas Ayu
June 2, 2021
Foto - Instagram

Foto - Instagram

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Antara banyak-banyak lokasi penggambaran drama Korea yang popular, bandar Seongnam menjadi serbuan ramai peminat dan pencinta Kdrama.

Menurut IDN Times, terdapat 7 lokasi di sekitar bandar Seongnam sering menerima kunjungan pencinta kdrama, dan menariknya lokasi tersebut memang sentiasa dibanjiri dengan orang ramai.

Nak tahu lokasi penggambaran kdrama yang sering menerima kunjungan orang ramai di bandar Seongnam, jom terjah di bawah.

Helsinki  Espresso Bar

Foto – Instagram @helsinkiespressobar

Suka tonton drama The World of The Married? Bar ini merupakan salah satu lokasi dalam drama popular tersebut, babak di mana Ji Sun Woo yang sudah bercerai dengan Lee Tae Oh dengan secara tidak sengaja melihat Yeo Da Kyung di tepi jalan menunggu Tae Oh.

Bar ini terletak di jalan Bundang, Seongnam atau lebih kurang satu jam perjalanan dari Seoul. Ramai pelancong asing dan tempatan membanjiri bar ini, dengan pelbagai jenis manisan dan air kopi yang lazat menjadikan ia lokasi hotspot orang ramai.

Avenue France Pangyo

Foto – Visit Medical Korea

Merupakan lokasi bagi penggambaran drama True Beauty yang viral awal tahun ini, kompleks membeli-belah bertemakan stail Perancis menjadi destinasi popular dikalangan penduduk lokal Korea dan pelancong asing.

Kafe Dal.Komm Coffee

Foto – Dummy In Korea

Antara jenama kedai kafe yang terkenal di Korea dan memiliki beberapa cawangan yang sering dibanjiri orang ramai. Kafe dari cawangan ketiga di bandar Seongnam ini merupakan lokasi bagi drama hangat Descendants of The Sun.

Sejak drama tersebut ditayangkan, kafe ini menjadi makin popular dan sentiasa mendapat kunjungan orang ramai baik dari lokal atau luar negara.

Kampung Jang Won

Foto – Instagram @wanderwithjin

Bagi yang pernah menonton drama True Beauty pasti cam dengan villa mewah ini, ya inilah villa yang menjadi tempat tinggal Lee Soo Ho dari drama tersebut.

Untuk makluman semua, villa mewah ini telah di bina pada bulan Februari 1997 dan ia menjadi lokasi pilihan krew produksi bagi yang menginginkan suasana mewah dan gah dalam babak pembikinan drama mereka.

Redish Brown Cafe

Foto – Instagram @redish_brown_

Kafe popular ini merupakan antara lokasi yang sering dibanjiri orang ramai, selepas drama Run On ditayangkan pada tahun 2020 tahun lalu mendapat sambutan ramai.

Suasana kafe yang santai dan kasual, membuatkan ia menjadi lokasi pilihan pencinta kdrama untuk menghabiskan masa bersama rakan, ahli keluarga atau berehat sendirian di kafe tersebut.

Essere Gelato & Crepe

Foto – Korean Dramaland

Kafe bagi cawangan Jeonja yang terletak di Seongnam ini, mula mendapat perhatian ramai selepas drama Strongest Deliveryman ditayangkan pada tahun 2017.

Panorama barisan aiskrim gelato dan aneka menu crepe yang lazat, membuatkan kafe ini lokasi yang wajib untuk dikunjungi bagi pencinta kdrama dan foodie sejati.

Baekhyeon-dong Cafe Street

Foto – IDN Times

Merupakan kafe pilihan dan kegemaran penduduk sekitar Seongnam, bagi menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bukan itu saja, tempat ini juga sudah menjadi anak angkat krew produksi Korea bagi menjalani penggambaran drama popular antaranya seperti drama Vincenzo, Still 17, Are You Human, My First Love, dan juga drama How To Be Thirty.

Patutlah tempat penggambaran kdrama ini sentiasa dipenuhi orang ramai, mana tidaknya penggambaran drama yang dijalankan bukanya calang-calang semuanya terkenal dan mempunyai peminat drama yang tersendiri.

Nanti lepas pandemik dah tak ada dan boleh pergi melancong, bolehlah terjah ke lokasi shooting ini di bandar Seongnam, Korea!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: destinasikdramakoreaseongnamtravel
Share6Tweet4SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat
Korea

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen
Korea

Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen

by Aphit J.
February 5, 2023
Hong Kong Hantar Ucapan Selamat Datang Dengan 500,000 Tiket Penerbangan Percuma
Jalan-Jalan

Hong Kong Hantar Ucapan Selamat Datang Dengan 500,000 Tiket Penerbangan Percuma

by Aphit J.
February 4, 2023
Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?
Jalan-Jalan

Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?

by Phic ARMAN
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan