Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

5 Foto Pemain Pasukan Kebangsaan Perancis Di Euro 2020 Bersama Bidadari Mereka

by Puteri Alia
June 5, 2021
Foto - Instagram @llorismarine_off/@zulaypogba

Foto - Instagram @llorismarine_off/@zulaypogba

36
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasukan bola sepak Kebangsaan Perancis bakal berentap bagi kejuaraan Piala Eropah 2020 bermula 11 Jun 2021 akan datang. Antara 26 senarai pemain yang dikeluarkan oleh Didier Deschamps, lima pemain dari pasukan kebangsaan ini mencuri perhatian umum.

Dipetik dari Kumparan, apa yang menariknya bukanlah tentang kelima-lima pemain tersebut tetapi pasangan mereka sendiri, bidadari yang setia dan menjadi penyokong tetap di belakang pemain handalan dunia ini.

Untuk pengetahuan semua, pasangan pemain sukan dikenali sebagai WAGs yang bermaksud isteri atau teman wanita pemain sukan berprofil tinggi.

Jadi siapakah WAGs bagi kelima-lima pemain pasukan ini, jom intip bersama Murai.my di bawah.

#1 Maria Zulay Salaues

Foto – Instagram @zulaypogba

Model seksi ini merupakan pasangan bagi pemain tengah pasukan kebangsaan iaitu Paul Pogba, wanita berusia 26 tahun pernah bekerja sebagai pereka dalaman dan agen hartanah sebelum bertukar bidang menjadi model yang berjaya.

Maria dan Paul menjalin hubungan cinta pada tahun 2017 dan kekal sehingga hari ini, mereka berdua dianugerahkan dengan seorang anak lelaki yang lahir pada tahun 2019 dan di beri nama Shakur Pogba.

#2 Erika Choperena

Foto – Instagram @eri_chope

Pakar psikologi kanak-kanak ini pula mempunyai kisah cinta yang menarik dalam WAGs, di mana pemain penyerang pasukan kebangsaan iaitu Antoine Griezmann terpaksa berusaha bersungguh-sungguh selama setengah tahun untuk Erika menerimanya sebagai pasangan hidup.

Isteri jelita milik pemain penyerang ini bukanlah wanita biasa, Erika seorang yang hebat dalam bidang pendidikan terutamanya bidang psikologi dan kini dirinya berkhidmat sebagai psikologi kanak-kanak.

#3 Camille Tytgat

Foto – Instagram @raphaelravane

Isteri kepada pemain penyerang pasukan kebangsaan iaitu Raphael Varane ini, merupakan tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada suami tercinta.

Camille dan Raphael berkenalan pada tahun 2011 dan pada tahun 2015 dua merpati sejoli ini bersatu menjadi pelengkap hidup masing-masing, dan kini kehidupan Camille dan Raphael dihiasi dengan dua orang anak yang comel.

#4 Jennifer Giroud

Foto – Instagram @lateamjengiroud

Isteri kepada pemain penyerang kontroversi Olivier Giroud ini membuatkan mana-mana wanita berasa kagum dengannya, kerana masih dapat menerima dan memaafkan suami yang pernah curang bersama seorang model seksi pada tahun 2014.

Jennifer dan Olivier mula berkahwin pada tahun 2011 dan masih bertahan sehingga hari ini, meski terdapat ombak di alam perkahwinan, Jennifer tetap setia memberi sokongan penuh terhadap kerjaya suami sebagai pemain bola sepak negara.

#5 Marine Lloris

Foto – Instagram @llorismarine_off

Anggun dan ayu isteri kepada penjaga gol Pasukan Kebangsan Perancis ini iaitu Hugo Lloris, wanita hebat ini tetap setia menemani suami tercinta selama 16 tahun dalam dunia bola sepak.

Dalam diam, wanita ini juga sebenarnya memiliki pendidikan tahap master dalam bidang Psikologi Sosial dan Pengurusan Sumber Manusia.

Selain itu, Marine juga memiliki perniagaan sendiri dalam bidang kecantikan dan pakaian kanak-kanak di bawah jenamanya sendiri. Hebat bukan!

View this post on Instagram

A post shared by Equipe de France de Football (@equipedefrance)

Bertuah dan untung betul pemain bola sepak ini memiliki pasangan yang bukan calang-calang orangnya, dan sentiasa ada di sisi memberi dorongan dan sokongan penuh.

Apa pun semoga Pasukan Kebangsaan Perancis dapat berikan perlawanan yang terbaik bagi merebut Piala Eropah 2020 pada 11 Jun ini nanti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER bola sepakPerancissukanWAGs
Share14Tweet9SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Inspirasi

Minat Gaya Sukan Ketika Kembara Percutian? Ini Sesuai Untuk Anda!

by A.Aided
December 22, 2022
Lokal

“Kenapa Celebrate Macam Menang Final?” – Ini Penjelasan TMJ Tentang JDT Raikan Kemenangan Dalam Liga Super Malaysia

by A.Aided
May 13, 2022
Foto - Instagram @ustazamin
Lokal

Ustaz Amin Kongsi Manfaat Masuk Pertandingan Kuda Lasak

by Puteri Alia
November 15, 2021
Foto - Instagram @hrhcrownprinceofjohor
Lokal

‘Takkan Tak Mampu Selepas Dah Sebat Duit Kerajaan?- TMJ Persoal Keadaan Padang Negara

by Puteri Alia
November 1, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan